in

“Aku akan hancurkan kerjaya kau, untuk bagi kau malu” – Syamsul Yusof Buat Laporan Polis, Diri & Keluarga Diancam Individu Tak Dikenali

Ugut Syamsul Fam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak rasa marah dan takut apabila berdepan dengan situasi diugut dan diberi macam-macam ancaman?


Inilah yang berlaku kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof apabila dia telah membuat satu laporan polis semalam selepas menerima mesej berbaut ugutan dan ancaman terhadap dirinya, isteri serta anak-anak menerusi sebuah akaun Instagram dari seorang individu yang tak dikenali. 

Menurut Sinarplus, Syamsul, 36, nekad membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur itu apabila pemilik akaun media sosial tersebut sudah melampaui batas.

“Saya sedar sebagai selebriti memang ia adalah perkara biasa kalau kita dapat mesej-mesej yang menghentam kita, namun kali ini saya sudah tidak boleh bersabar apabila ia melibatkan ugutan terhadap isteri dan anak-anak saya.

“Kalau individu ini tidak puas hati dengan saya dia sepatutnya hanya berurusan dengan saya, jangan babitkan isteri dan anak-anak saya sekali.

“Benda ini yang buatkan saya rasa dia telah bertindak melampaui batas untuk saya berdiam diri.

“Saya tidak tahu agenda dia dan saya pun tidak tahu sama ada dia orang yang saya kenali atau tidak. Mesej tersebut dihantar ke akaun Instagram saya dan saya sedar perkara itu kira-kira pukul 10.30 malam semalam (kelmarin),” katanya.

Syamsul Yusoff New

Antara mesej yang terkandung di dalam hantaran individu terbabit ialah:

Aku akan hancurkan kerjaya kau, untuk bagi kau malu. Jangan fikir anak bini kau akan selamat. Isteri kau, aku ikut hari-hari” 

Tambah Syamsul lagi, individu terbabit sudah pun memadam akaun Instagramnya, namun dengan bantuan teknologi masa kini dia yakin individu terbabit pasti akan ditangkap dan identitinya akan dikenalpasti tidak lama lagi.

 

Kereta dipandu isteri pernah dihalang individu tak dikenali

Semasa membuat laporan polis, Syamsul juga ditemani dua peguam iaitu Aizul Rohan Anuar dan Saiful Dzulhelmi Zulkifli daripada Tetuan Saiful, Roger & Co.

Menurut Syamsul, apa yang lebih dirisaukannya lagi ialah kereta yang dipandu isterinya dulu pernah dihalang individu tak dikenali sekaligus membuatkan dia bimbang akan keselamatan isteri, Puteri Sarah Liyana dan anak-anaknya, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

“Saya dah nekad ‘no more Mr. Nice Guy’. Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugutan ini kepada saya. Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan.

“Tak perlu libatkan anak dan isteri saya. Saya mati pun tak apa tapi jangan sesekali sentuh anak dan isteri saya. Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak kalau tiada bukti.

“Sebelum ini, saya pernah menerima mesej daripada akaun yang sama pada awal tahun ini namun baharu kali ini saya menyedari mesej itu ada berbaur ugutan dan ancaman. Saya ada balas mesej tersebut namun selepas itu, akaun itu sudah dinyahaktifkan (deactived),” tegas Syamsul.

Harap polis dapatlah tangkap siapa yang buat ugutan macam tu kat Syamsul dan keluarga. Takuttt! 

Baca: “Tiada apa yang ingin saya kongsi buat masa ini” – Sudah Unfollow Syamsul di IG, Puteri Sarah Dilihat Ke Pejabat Agama

Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.