Kecanggihan teknologi maklumat pada masa kini telah memberi impak yang besar terhadap cara bagaimana remaja menjalani kehidupan mereka. Kalau dahulu mereka terpaksa menapak ke perpustakaan untuk mencari ilmu, kini semuanya di hujung jari saja.
Namun setiap yang baik ada buruknya…
Melalui perkongsian di laman Facebook aktivis sosial, Syed Azmi, seorang pengadu yang tidak dikenali telah berkongsi kisah remaja lelaki yang sudah terdedah dengan servis ‘phone sex’ walaupun dia baru berusia 13 tahun. Aduhai apa nak jadi ni??
Berikut apa yang diceritakannya:
“Ada sesuatu yang ingin saya laporkan kepada Syed Azmi, walaupun saya tahu saya bukan yang pertama dalam melaporkan hal tersebut.”
“Ia mengenai phone sex. Mereka membuat bisnes mengenainya dan mengiklankan ia di WeChat. Ia diasaskan oleh gadis-gadis tempatan. Saya sejujurnya tak tahu berapa umur gadis-gadis ini.”
“Tapi inilah yang saya jumpa dari telefon seorang budak lelaki berusia 13 tahun.”
Baru 13 tahun dah pandai phone sex? Ini perkara serius!
Menurut pengadu, meskipun phone sex bukanlah sesuatu hal yang baru di kalangan masyarakat moden, namun untuk mengiklankannya secara terbuka di dalam aplikasi yang digunakan orang ramai terutamanya kanak-kanak adalah tidak wajar.
“Saya tak boleh terima hal ini. Saya harap mesej ini mendapat pandangan orang ramai akan apa yang sedang berlaku sekarang. Saya juga berharap seseorang membuat petisyen menentang WeChat dan dihalang aksesnya di Malaysia.
“Aplikasi ini telah digunakan untuk pelbagai sebab termasuklah pemerdagangan seks.”
Iklan pemerdagangan seks tersebut juga disertakan kepada Syed Azmi seperti di bawah:
Malah pendaftaran untuk menjadi ahli servis ini juga semudah ABC. Berikut disertakan juga screenshot perbualan dengan salah seorang pengendali servis tersebut.
Haihh tu lah main WeChat lagi! Macam-macam benda merapu remaja sekarang belajar dari situ!
Mengulas tentang isu ini, Syed Azmi menyatakan bahawa idea untuk menutup akses ke aplikasi WeChat tidak akan menyelesaikan masalah kerana pasti ada yang membuka aplikasi baru untuk sebarkan aktiviti ini.
Apa yang kita perlukan ialah pertukaran polisi dan pendidikan. Namun sekarang kita perlu berfikir di luar kotak tentang bagaimana caranya untuk mendidik mereka yang tidak berada di sekolah?”
Malah dia juga menekankan betapa pentingnya untuk berbincang mengenai hubungan di antara lelaki dan perempuan dalam kalangan remaja sekarang.
“Maaf untuk saya nyatakan di sini, remaja sekarang dah tak takut kalau kita bercakap tentang kemurkaan Allah, dosa, neraka ataupun dengan meletakkan gambar penyakit, kesakitan, kelahiran bayi pada usia muda, masalah kewangan dan segala perkara yang plastik belaka, perkara yang mereka boleh lihat dengan jelas.
“Ia seperti isu berpegangan tangan. Bagaimana anda nak menyelesaikan masalah ini kecuali dengan mendidik mereka dengan lebih lama dari hanya mengatakan perkataan ‘haram’ semata-mata.”
Kalau anda mahu mereka bercakap, anda juga kena bersedia untuk mendengar.”
Betul juga kata Syed Azmi tu!
Baginya, buat masa ini kita tidak boleh mengawal kehendak dan pilihan remaja-remaja ini. Menghukum bukan cara yang terbaik kerana dengan ini remaja tersebut akan terus mendiamkan diri dan tidak mahu berbicara tentang hal tersebut lagi.
“Budak ini tidak mahu bercakap tentang hal tersebut. Dan ia mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kepercayaannya semula untuk menceritakan kesemuanya.”
Perkongsian Syed Azmi ini telah mendapat pelbagai respon dari netizen, khususnya ibu bapa yang bimbang akan gejala tersebut. Ramai juga bersetuju, menutup aplikasi WeChat hanya akan menyelesaikan masalah ini dalam tempoh masa sementara saja.
Segala masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang paling utama, ibu bapa haruslah memantau segala tindak laku anak mereka di atas talian. Laman seperti Bigo Live, Tumblr dan lain-lain memang membawa kesan buruk apabila salah penggunaannya.
Kadang-kadang oleh kerana kurang pemantauan dan kasih sayang ibu bapalah anak-anak ini sesat dan buat perkara ikut suka hati mereka kan?
Baca: Gadis Gagal Gugurkan Kandungan Dengan Makan Pil, Kini Ingin Beri Bayi Cacat Kepada Orang Lain