in

Gadis Gagal Gugurkan Kandungan Dengan Makan Pil, Kini Ingin Beri Bayi Cacat Kepada Orang Lain

Why I Chose To Keep My Baby As A Teen Mom 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan pada masa kini telah menyebabkan masalah pembuangan bayi makin berleluasa. Hampir setiap hari terpampang imej-imej bayi ini yang ditemui di tempat-tempat yang menjijikkan.


Ada yang cuba mengekang kelahiran bayi tidak sah taraf dengan memakan pil gugur yang dijual secara rambang di pasaran gelap. Namun apabila ia tidak berkesan, bayi yang tidak berdosa ini sekali lagi menjadi mangsa!

Menerusi perkongsian Syed Azmi di laman Facebook, dia telah bertemu dengan seorang gadis yang meminta pertolongan disebabkan keadaan yang menimpa bayinya.

Berikut apa yang ditulisnya:

“Gadis ini mempunyai diploma dalam pendidikan dan bekerja di sebuah syarikat kecil. Dia telah berkenalan dengan seorang lelaki semasa bekerja di situ dan telah mengamalkan seks tanpa perlindungan.” 

Namun sebulan selepas itu, gadis tersebut mendapati dirinya hamil. Apabila dia menyampaikan hal tersebut kepada si lelaki, malangnya lelaki itu terpaksa berkahwin dengan gadis lain kerana dia telah menghamilkan gadis berkenaan juga.

O Pregnant Sad Facebook
gambar hiasan

Fuh lelaki ni memang gilalah! 

“Keliru dengan apa yang berlaku, dia mencari pil di Internet yang boleh membuat dirinya keguguran. Pil tersebut (empat biji kesemuanya) bernilai RM600. Dia terlupa daripada siapa dia mendapatkannya. Saya sangat sedih dengan apa yang dilakukannya.” 

Menurut Syed Azmi, pil yang dimakan gadis tersebut tidak berjaya membuatkan dia keguguran. Apabila kandungannya menginjak ke usia dua bulan, dia diberitahu untuk memakan pil dengan dos yang lebih tinggi. Harganya lebih mahal iaitu RM900. Gilalah! 

20140096 10154926221001478 3242069320982965195 N
gambar hiasan

“Dia tidak mampu dan memutuskan untuk terus mengandungkan bayi tersebut sehinggalah dia melahirkannya beberapa hari lepas.”

Tambah Syed Azmi, gadis itu memberitahu ibunya mengenai kehamilan tersebut ketika kandungannya berusia lima bulan. Dia meluahkannya ketika Hari Raya baru-baru ini dan ibunya juga mengaku bahawa sudah lama mengesyaki akan hal itu.

Ibu gadis itu memilih untuk mendiamkan diri dan mahu anaknya sendiri memberitahu hal tersebut kepadanya. Sebaik sahaja gadis tersebut mengakui akan kesalahannya, si ibu meminta anaknya untuk pergi ke rumah perlindungan.

Walau bagaimanapun, setelah melahirkan gadis tersebut memutuskan untuk tidak mahu menjaga anaknya yang dilahirkan tidak sempurna itu. Kata gadis itu kepada Syed Azmi,

Anak saya cacat anggota. Siapa pulak nak baby macam ini?” 

Ish, ish, ish…

Birthdefects1
gambar hiasan

“Saya telah melihat bayi itu dan ibu kandungnya. Dia tersenyum. Seorang gadis bijak tetapi sudah tersalah langkah.” 

“Sebagai seorang ahli farmasi, saya berasa jengkel dengan apa yang sedang dilalui gadis-gadis ini. Jikalau saya ada lebih banyak informasi akan hal ini, saya akan bawa pelakunya ke muka pengadilan.” 

Perkongsian oleh Syed Azmi telah mengundang pelbagai pendapat dari netizen yang rata-rata bimbang dengan sikap remaja masa kini dan nasib gadis serta bayinya yang masih terumbang-ambing.

Malah penjualan pil gugur yang berleluasa di pasaran gelap juga menjadi kebimbangan akan bahayanya terhadap ibu dan bayi.

Gugur
sumber: facebook
Pil 4
sumber: facebook

Pun begitu, diharapkan janganlah pula kita meletakkan seluruh kesalahan kepada gadis tersebut. Mungkin dia di dalam keadaan buntu dan masih belum matang dalam membuat keputusan.

Remaja di luar sana jagalah diri dan kehormatan baik-baik. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur. Apapun tak guna pada masa tu. 

Baca: “Meh sini aku jilat!” – Remaja Hamil Kongsi Bagaimana Seks Bebas Bermula Sejak Darjah 6

Seksss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.