in

Akibat Tak Mampu Bayar Sewa, Budak 11 Tahun Terpaksa Sorong Nenek Sakit Strok Sejauh 20KM

Sorong Nenek Sejauh 20Km

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita rasa hidup kita ini susah, sebenarnya ada lagi orang di luar sana yang menghadapi kehidupan yang lebih susah dengan pelbagai ujian yang menimpa.


Inilah yang digambarkan terhadap nasib seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang tinggal bersama nenek yang menghidap sakit strok.

Cucu sorong nenek sejauh 20km 

Menerusi perkongsian Facebook IRDK Services, kanak-kanak lelaki itu dikatakan telah menyorong neneknya di atas kerusi roda yang rosak sejauh 20km iaitu dari Kok Lanas ke Kampung Batu 8, Jalan Kuala Krai kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

363334969 601301705518735 6859286366837170204 N

Neneknya difahamkan tidak dapat membayar sewa rumah sejak beberapa bulan lalu kerana menghidapi strok dan sebelum ini bekerja sebagai pencari besi buruk setelah kematian suami beberapa tahun lepas.

Kini 2 beranak ini menumpang sementara di bahagian dapur rumah arwah ibu tirinya dan hanya mengharapkan belas ihsan dari jiran-jiran.” 

Menurut posting berkenaan, nenek kepada kanak-kanak itu memerlukan lampin jenis dewasa yang mana lima pek lampin itu pun sudah berharga lebih RM100.

Selain itu juga, mereka memerlukan barangan dapur supaya jiran-jiran boleh membantu untuk masakkan untuk mereka.

“Sedihnya, kecik-kecik dah pikul tanggungjawab yang sangat besar” 

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang berharap ada pihak yang bertanggungjawab dapat membantu kanak-kanak itu dan neneknya.

Rata-rata juga berharap kanak-kanak itu tabah dalam menghadapi ujian ini bersama neneknya yang terlantar sakit.

Adik Sedih

Baca: “Allahuakhbar kenapa” – Penggali Kubur Kongsi Kisah Sedih, Jenazah Bayi Tak Dituntut Hampir Setahun

Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.