in

Akaun Telah Disekat Sebab Banyak Terima Transaksi, Ini Alternatif Untuk Salurkan Bantuan Adik Shiffa Auni

Adikshiffa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya mesti semua orang alert dengan penularan gambar seorang kanak-kanak kecil yang menghidap Hydrocephalus  atau penyakit kepala besar yang mana merupakan kondisi penumpukan cairan di dalam otak sehingga mengakibatkan meningkatnya tekanan pada otak.


Sejak kisah adik ini viral, sumbangan telah diberikan kepada bapanya dan terkini akaun peribadi ayahnya telah disekat kerana mungkin menerima banyak transaksi daripada netizen yang prihatin.

 

Kepalanya semakin membesar dari hari ke hari.

60969515 1176550095885865 1734034372211769344 N

“Didalam gambar, ketika Adik Shiffa Auni berusia 2-3 bulan. Kini saiz kepalanya semakin membesar dari hari ke hari.

Sebarang sumbangan berbentuk wang ringgit boleh disalurkan ke akaun bapa Adik Auni.”

Adik Nur Syiffa Auni kini baru sahaja berumur satu tahun, bantuan Syawal telahpun disumbang kepada keluargnya hasil kutipan derma yang dibuka sepanjang bulan awal Ramadhan ini.

Sepanjang proses rawatan adik Shiffa ni, dia akan menggunakan gel khas untuk merawat luka dikepalanya dan gel itu hanya bertahan 3 ke 4 hari sahaja dan ia memerlukan kos yang agak tinggi.

Disebabkan itu ayahnya Yaakob bin Abd Rahim dan ibu Puan Safia Nasir memerlukan bantuan netizen untuk menampung kos rawatan anak syurga ni.

Alhamdulillah bantuan telah pun diterima sehinggakan akaun peribadi ayahnya telah disekat. Mungkin terlalu banyak menerima transaksi daripada anda yang prihatin ni. Semoga anda dimurahkan rezeki.

Bagaimanapun anda yang berhati mulia boleh menghulurkan bantuan disini.

 

Akaun disekat, boleh masukkan ke akaun semasa miliknya

Jika anda yang masih ingin menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak ini, boleh salurkan bantuan anda ke nombor akaun ini :

MAYBANK – 5127 7252 2750
Yaakob bin Abd Rahim (bapa)

Hanya Allah sahaja yang mampu balas kebaikan anda. Semoga anda dimurahkan rezeki melimpah ruah dibulan yang mulia ini. Kalau tak mampu, jom gunakan kuasa viral ni untuk bantu adik Shiffa.

 

 

Baca : Hanya Allah swt saja mampu membalas” – Akhirnya Adik Ainul Mardhiah Berlepas Untuk Rawatan Di London

Adikainul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.