in

“Akan isytihar darurat ke?”- [TERKINI] Bacaan IPU Sri Aman Naik Mendadak, Catat 420 Sehingga 10 Pagi Ini

Featured 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pray for Sri Aman!


Hari ini Sri Aman mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 420 sehingga pukul 10 pagi tadi, bacaan tertinggi direkodkan sehingga kini.

Lebih menakutkan apabila bacaan IPU di kawasan itu dilihat naik mendadak bermula pukul 11 malam tadi dengan bacaan 220 diikuti , 236 (12am), 238 (1am), 240 (2am), 254 (3am), 273 (4am), 294 (5am), kemudian mula memasuki paras bacaan 300 pada pukul 6 pagi dengan bacaan 301 diikuti 362 (7am), 402 (8am), 414 (9am) dan terbaharu 420 setakat pukul 10 pagi.

1 16
Sumber : indeks pencemaran udara malaysia

Bacaan itu menghampiri para perisytiharan darurat iaitu 500 seperti yang dimaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak baru-baru ini.

Sri Aman yang terletak berhampiran wilayah Kalimantan di Indonesia yang kini sedang berhadapan dengan kebakaran hutan sekaligus menyebabkan jerebu rentas sempadan, lapor Harian Metro.

Ia sekaligus memberi kesan peningkatan kepada bacaan IPU hampir di semua kawasan berhampiran bahagian barat Sarawak termasuk sekitar Tawau dan Sandakan Sabah.

 

Semoga jerebu cepat-cepat hilang huhu

Baca : Sejarah mungkin berulang?- Sarawak Darurat 19 Sept. 1997, IPU Lebih 650, Tahap Berbahaya Paling Tinggi Dalam Sejarah!

Sejarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.