Dalam dunia ni, kita kena sentiasa ingat yang ianya hanyalah kehidupan sementara je. Disebabkan tu, wajar kita perbaiki diri kita setiap hari semata-mata kerana Allah SWT.
Sudah tentu, perubahan dan penghijrahan tu memakan masa dan bukannya mudah. Akan tetapi, jika dilakukan secara berterusan, kita akan mendapat jalan petunjuk sepertimana yang diperolehi penyanyi terkenal, Aisyah Aziz.
Bagi sesiapa yang tak tahu, Aisyah merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10 dan adik kepada pelakon Malaysia, Aliff Aziz. Antara lagu top-nya berjudul Mimpi dan Pujaanku iaitu dendangan bersama kugiran terkenal, MASDO.
Dulu, dia sangat terkenal dengan penampilan seksinya namun syukurnya, dia sudah mula berhijab dan menutup aurat dengan baik.
Artikel berkaitan: Mawar Rashid Umum Berhijab Sempena Tahun Baru Hijrah, Padam Semua Gambar ‘Free Hair’
Artikel berkaitan: Pemakaian Hijab Untuk Atlet Ketika Sukan Olimpik Paris 2024 Dibenarkan
Berkongsi kisahnya, dia teringat pada awal tahun lalu, dia berdoa kepada Allah untuk berikan hidayah agar berubah menjadi lebih baik.
“Saya ingat lagi tahun lalu saya pernah berdoa untuk dikurniakan hidayah dan petunjuk-Nya di samping diberi kekuatan untuk melepaskan apa yang perlu.”
Sudah pasti, bila kita meminta kekuatan dari Allah, Dia akan beri peluang pada kita untuk jadi kuat. Jadi, Aisyah benar-benar diuji pada Januari 2023 sebagai petunjuk dari-Nya.
Akan tetapi, dia berjaya menemui solat daripada kawan-kawannya yang tak disangka dapat mengajaknya ke arah agama.
“Saya menemui ketenangan dalam kesendirian, saya jumpa hubungan baru bersama ibu bapa dan saya mengenal erti kesederhanaan dalam hidup.”
Selain tu juga, dia dapat belajar cara-cara untuk menghindari perkara duniawi dan diberi peluang untuk menunaikan umrah pada akhir tahun lalu.
Kisah penghijrahannya untuk membuat ramai netizen terinspirasi di samping mendoakan agar Aisyah sentiasa istiqamah dalam berhijab dan mendekatkan diri kepada Allah.
Semoga Aisyah dan semua yang sedang cuba untuk berhijab diberikan hidayah dan kekuatan. Amin!