“Airbag selamatkan nyawa mak dia… tapi bukan baby” – Bayi 5 Hari maut dalam kemalangan sebab duduk depan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Satu kisah sedih yang membuka mata kita semua agar jangan ambil mudah bila nak bawa bayi untuk perjalanan yang jauh.

Pengalaman yang Amirul Azuan alami ini memberi kesan kepada kita, bayi yang baru sahaja lahir sempai merasai kehidupan di dunia ini hanya untuk 5 hari sahaja selepas dia dan ibu bapanya terlibat dalam satu kemalangan.

 

Mengalir air mata dari lokasi sampai ke Ipoh

Ketika dalam perjalanan ke Ipoh Amirul ternampak ada kemalangan, selalunya dia abaikan tapi kali ini bayi yang terlibat dalam kemalangan tu membuatkan dia tergerak hati untuk beri bantuan.

Menurutnya, bayi itu tak sedarkan diri, bibirnya dah biru. Dia cuba bagi CPR tapi…..

Time aku lalu baru jadi dalam 5minit.
Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tp disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang bezza biru tu aku berenti jugak.”

 

Bayi tak sedarkan diri, bibir dah biru

“Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey x?
Dia cakap baby xsedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru
Terus bukak helmet mintak izin nak cpr.
First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus cpr lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still xbernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.”

Cuba buat CPR berulang kali tapi, apa kan daya, bayi itu tak dpaat diselamatkan. Lebihs edih lagi bayi tersebut baru sahaja berumur 5 hari dan mereka dah hampir tiba ke kediaman yang ingin dituju.

 

Ayah tak cedera, Mak pecah mulut sebab Airbag

“Allahu… Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku xkuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung cpr.
Aku terduduk dekat tepi divider tu.
Ayah dia xde injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5hari. Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tp ajal dia sampai dulu.”

“Siapa yg ada baby tu tolong la letak dalam carseat.
Kalau xmampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes… airbag tu selamatnya nyawa mak dia… but not the baby”

“Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yg boleh. Tp Allah lebih sayangkan Inara.”

Allahu! Kalau admin kat deoan mata pun admin menangis sepanjang jalan, kalau tengok keadaan macam ni. Malang tak berbau, semoga kita dapat jadikan kisah ini sebagai ikhtibar.

 

Baca : “Jika saya riba anak waktu tu, mungkin dia sudah meninggal”- Ibu Dalam Pantang Kongsi Kisah Kemalangan Tragis, Nasib Ada ‘Car Seat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.