in

“Jika saya riba anak waktu tu, mungkin dia sudah meninggal”- Ibu Dalam Pantang Kongsi Kisah Kemalangan Tragis, Nasib Ada ‘Car Seat’

Featured 4

Saban tahun kita dikejutkan dengan berita kemalangan sehingga meragut nyawa.

Statistik yang dikeluarkan bagi tahun 2018 merekodkan sebanyak 6,248 kematian akibat kemalangan jalan raya iaitu bersamaan 18 kematian setiap hari.

Jumlah ini pastinya sesuatu yang membimbangkan dan menyedihkan.

Namun bagaimana pula jika ia melibatkan anak kecil? Si kecil yang baru cuba untuk mengenal dunia, terpaksa menanggung derita angkara kecuaian kita?

Wanita ini ada berkongsi kisahnya yang berhadapan dengan detik hitam, penuh tragis dan mengerikan dalam hidupnya tapi dia bersyukur sebab…

 

“Andai kata saya riba anak saya waktu tu.. Anak saya mungkin dah patah atau meninggal”

Salaam sis kina dn warga KIMM, maaf sebab saya share gambar kereta, ini kereta kami.. Pada ari ke 36 ari saya berpantang, kami terlibat dalam kemalangan jalan raya, Lori masuk laluan bertentangan Dan langgar kereta kami… Saya, suami Dan baby baru 36 ari (tak habis pantang lagi) dalam prjalanan balik ke rumah…

Apa yang saya nak share kat sini berapa penting baby car sit… Masa kejadian saya Dan baby duduk belakang.. Saya tercampak ke depan dekat pemandu Dan baby dalam baby car sit beralih ke sebelah kiri dari kanan.. Andai kata saya riba anak saya waktu tu.. Anak saya mungkin dah patah atau meninggal… Suami cedera teruk.. saya Dan anak cedera ringan.. Allah lindungi kami..

65313748 2210765352293376 5658879936606240768 N
Sumber : facebook

 

“Ibu2 semua kejadian nak berlaku kejap je.. Nyawa anak sngt berharga…”

Saya mula letak anak dalam baby car sit selepas 1 minggu lepas keluar hospital… Nak pergi ke klinik check kuning pun saya letak dalam baby car sit.. Ramai yang tegur.. Baby kecil lagi dah letak dalm car sit… Nanti sakit belakang.. Sit baby pakar dah test beratus kali untuk pastikan keselamatan baby..

Napa saya share kat sini… Sebab saya yakin ramai ibu2 RIBA anak masa dlam kereta… Ibu2 semua kejadian nak berlaku kejap je.. Nyawa anak sngt berharga, pakai kan lah bb car sit untk anak2 kite… ??? Car sit harga 100 lebih je… Nyawa anak bayar 1 juta pun x mampu pulang kan balik…

#babycarsit
#demikeselamatan

 

“Tak semua carseat sesuai dengan anak”

P/s : Carilah carseat yang sesuai dengan anak dan baby. Less than 2 years patutnya kena menghadap belakang lagi. Ada certain parent, terlalu excited nak letak anak dalam carseat menghadap depan.

Tak semua carseat sesuai dengan anak. Dan tak semua yang sesuai dengan anak sesuai dengan kereta. Jangan salah beli.

 

Jangan kerana pentingkan diri sendiri, nyawa anak kita tergadai. Fikir-fikirkan okey! 

Baca : “SEJAK lahir Yusuf belum minum setitik susu, saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf.”- Bayi Usia 3 Hari Ditinggalkan Dengan Sekeping Nota

Nota