in

AirAsia Kembali Dengan Promosi ‘Free Seats’ Ke Destinasi Dalam & Luar Negara

Airasia 3

Cerita pasal travel ni, tak kira dalam atau luar negara pastinya kita perlu menggunakan salah satu daripada pengangkutan yang ada ditawarkan di negara kita. Kalau dalam negara, kita ada kereta api, kapal terbang atau ramai yang akan memilih untuk memandu sendiri.

Tapi, tak kurang juga yang memilih perjalanan menggunakan pesawat. Mana taknya, kita ambil contoh perjalanan ke Langkawi. Kalau dari Kuala Lumpur, pastinya kita kena memandu ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis sebelum menaiki feri.

Perjalanan dari KL ke Kedah mahupun Perlis tu semestinya memakan masa berjam-jam dan pastinya perlu mengambil kira kos seperti tol, minyak selain perlu memastikan kenderaan diselenggarakan dengan baik.

Airasia Unsplash

Kalau naik kapal terbang, kita hanya perlu ke lapangan terbang, tunggu waktu berlepas dan selepas satu jam, kita dah boleh sampai di Langkawi. Jimat masa perjalanan dan dalam masa yang sama, kurang sikit penat berbanding nak drive sendiri dan sebagainya.

Cerita pasal travel menggunakan pesawat ni, pasti ramai yang akan tunggu waktu sesuai untuk beli bagi mendapatkan harga yang menarik. Kalau guna AirAsia, pastinya ramai akan menantikan promosi ‘Free Seats’ yang biasa diadakan setiap tahun.

Paid Article Wabikong Lobak Merah My 1

Berikut merupakan antara destinasi yang ada ditawarkan sempena promosi ‘Tempat Duduk Percuma’ dari AirAsia tahun ini.

1. Langkawi

Menurut ramalan cuaca, cuaca cerah sepanjang bulan Oktober sehingga November dan ia juga merupakan tempoh terbaik untuk ke Langkawi. Selain beli belah, korang bolehlah menikmati pemandangan matahari terbenam, naik cable car dan lain-lain.

Manish Tulaskar 85K0Aas1A94 Unsplash

Kalau korang nak rasai kemeriahan acara menarik dekat Langkawi, bulan 10 ada Ironman, diikuti dengan acara berbasikal. Kemudian ada pulak acara tarik tali peringkat antarabangsa edisi pertama yang akan diadakan pada bulan November.

2. Pulau Pinang

Tanyalah sesiapa sahaja, pastinya tarikan utama di Pulau Pinang adalah makanan! Selain daripada itu, Pulau Pinang juga mempunyai banyak tarikan menarik dan kalau korang nak tahu, CNN pernah senaraikan Pulau Pinang antara 13 bandar paling cantik di Asia tau!

Mahmud Ahsan Uh9Eros1Mpo Unsplash

Secara tak langsung, meletakkan Pulau Pinang sebaris dengan nama-nama ‘besar’ di Asia seperti Hoi An, Luang Prabang dan lain-lain!

3. Terengganu

Terkenal dengan tarikan berasaskan pantai dan lautan, Terengganu pastinya menjadi destinasi yang sering dikunjungi oleh mereka yang suka akan aktiviti seperti menyelam dan sebagainya.

Jason Lee Nhwczyfxiea Unsplash

Antara lokasi yang terkenal pastinya Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah dan lain-lain.

4. Singapura

Bermula 1 April 2022 lalu, semua pengembara tidak lagi perlu kuarantin atau mengambil sebarang ujian semasa ketibaan di Singapura. 

Mike Enerio 4Hvcsdog0Qi Unsplash

Pastinya antara tarikan yang menarik dan ‘wajib’ kunjung ialah, Gardens By The Bay, Universal Studios Theme Park dan banyak lagi tarikan menarik yang sesuai untuk pelbagai jenis traveller.

Cuma perlu diingatkan, untuk sesiapa yang nak ke Singapura, pastikan dah mendapat vaksinasi dan ikuti 5 langkah seperti yang tertera di laman web SafeTravel ini.

5. Nha Trang ( Vietnam)

Mungkin belum cukup ‘dikenali’ oleh para traveller di Malaysia, Nha Trang merupakan destinasi yang terkenal dengan pantai dan selam skuba. Selain itu ia juga merupakan salah satu destinasi popular untuk pelancong antarabangsa, selain menarik sejumlah besar backpacker.

Huy Peach Dlkyhhc E6Y Unsplash

Antara tarikan yang menarik semestinya Nha Trang Bay dikatakan tersenarai antara 100 pantai paling cantik oleh majalah National Geographic. 

6. Krabi (Thailand)

Jika korang suka pemandangan matahari terbenam, Krabi dikatakan sebagai antara destinasi yang menjanjikan pemandangan matahari terbenam yang terbaik!

Rachael Annabelle Knmjul9T1Sa Unsplash

Selain itu, Krabi juga terkenal dengan pemandangan yang indah dan pantai serta pulau yang menakjubkan. Pemandangan terumbu karangnya juga merupakan salah satu yang paling indah di dunia! 

Jadi, tunggu apa lagi. Jom dapatkan promosi ‘free seats’ oleh AirAsia ke salah satu daripada destinasi yang disebutkan ini dan banyak lagi destinasi. Kalau korang nak tahu, untuk promosi ini penumpang hanya perlu membayar RM23* untuk terbang ke mana-mana destinasi yang ditawarkan.

Network Schedule My 1

Bayaran ni dah termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api, dan lain-lain caj yang biasa dikenakan semasa membeli tiket penerbangan. Untuk dapatkan tawaran ini, tempahan boleh dilakukan bermula 25 hingga 31 Julai 2022 dan tempoh sah perjalanan bermula dari 1 Oktober 2022 sehingga 28 Oktober 2023.

Ms 2

Sebelum min lupa, AirAsiaX juga tengah ada promosi untuk penerbangan ke destinasi-destinasi berikut : Perth, Melbourne, Sydney Auckland, Seoul, New Delhi, Tokyo, Osaka, Sapporo dan Hawaii dengan harga bermula dari RM499 dan untuk Premium Flatbed bermula dari RM1,599.

*Tambang daripada RM23 (termasuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain). Tertakluk T&S

Sumber: Unsplash
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia