in

AirAsia Buat Promo ‘KawKaw’ Sempena Deepavali, Kaki Travel Apa Tunggu Lagi!

Unnamed 26

Nak dekat hujung tahun ni, pastinya ramai yang akan menghabiskan baki cuti tahunan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan pastinya tidak kurang juga mereka yang akan memanfaatkan cuti tersebut untuk melancong.

Tak kiralah kalau korang ‘kaki travel’ atau bukan, pastinya korang nak cari tawaran yang pada korang ‘menjimatkan’ dan kena dengan tarikh cuti tersebut. 

Pexels Dominika Roseclay 1252500

Kalau nak ikutkan nasihat ‘pakar’ yang selalu keluar negara atau travel, untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah, ada banyak cara. Antaranya adalah untuk bandingkan harga tiket menggunakan banyak laman web dan jangan bergantung kepada satu sahaja. 

Selain dari itu, korang juga kena rajin cari promosi-promosi tertentu yang diadakan oleh syarikat penerbangan macam yang AirAsia buat sempena perayaan Deepavali ni. 

AirAsia Dazzling Deepavali Deals

Diwali Campaign Campaign Kv Ak Ms

Tawaran terkini daripada AirAsia ni membolehkan korang terbang ke pelbagai destinasi menarik di dalam dan juga luar negara dengan tawaran tambang all-in-one serendah RM68*. 

Antara destinasi yang tersenarai termasuklah :

  • Langkawi
  • Singapura
  • Kochi
  • Chennai
  • Hyderabad
  • Tiruchirappalli
  • Kolkata
  • Colombo dan banyak lagi. 

Dari senarai tersebut, kalau korang perasan banyak destinasi menarik di India dan kalau korang nak tahu, India juga merupakan antara negara yang terkenal dalam kalangan pelancong. Ia terbukti dengan kunjungan lebih 17 juta pelancong menurut statistik yang dikeluarkan World Population Review pada tahun 2019.

Salah satu destinasi adalah Chennai yang terkenal sebagai hab filem tamil serta mendapat jolokan ‘Pintu Gerbang India Selatan’, Kochi yang terkenal sebagai kepentingan sejarah, hab perdagangan rempah ratus, Hyderabad yang terkenal dengan makanan seperti Nasi Briyani dan merupakan hab teknologi.

Ladakh 7

Selain itu, korang juga boleh cuba explore Tiruchirappalli yang mempunyai pertembungan elemen moden dan tradisional atau boleh menikmati aneka street food di Kolkata yang juga terkenal sebagai ‘Bandar Kebudayaan India’. 

Ladakh 6

Tapi, kalau korang nak travel lebih jauh, ada juga tawaran penerbangan menggunakan AirAsia X iaitu All-in one-way fare bermula dari RM399* atau Premium Flatbed: RM1,099*

Diwali Campaign Campaign Kv Aax Ms

Antara destinasi yang ada tawaran ni termasuklah : 

  • Amritsar
  • New Delhi
  • Seoul
  • Osaka
  • Melbourne
  • Gold Coast
  • Busan
  • Taipei dan banyak lagi! 

Paling penting, kalau nak dapatkan tawaran tambang all-in-one serendah RM68*, atau all-in one-way fare bermula dari RM399* dan Premium Flatbed: RM1,099* ni, korang buat tempahan sebelum 19 November 2023 dan terbang bermula 13 November 2023 sehingga 30 September 2024. 

Jadi tunggu apa lagi, jom tempah sekarang di AirAsia Superapp dan nikmati lebih penjimatan untuk perjalanan domestik mahupun antarabangsa! Korang juga boleh dapatkan maklumat terkini tentang promosi dan sebagainya di laman sosial AirAsia di Facebook dan juga Instagram

*Tambang all-in-one bermula dari RM68 termasuk cukai lapangan terbang, MAVCOM fee, surcaj bahan api dan caj-caj berkenaan

Sumber: Pexels
Sumber: airasia
Sumber: airasia