in

Air Mineral Dikatakan Berbau Petai, Spritzer Keluarkan Kenyataan Sementara

air spritzer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Air mineral bau ‘petai’?

Sejak beberapa hari ini, kecoh diperkatakan di media sosial berkenaan dakwaan netizen yang mengatakan air mineral daripada Spritzer telah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seakan-akan bau petai.


Dalam satu perkongsian di Threads, ada seorang netizen mendakwa botol air Spritzer tersebut mengeluarkan bau tidak menyenangkan selepas diminum beberapa teguk dan dia menyangka bau itu datang daripada mulutnya sendiri.

Namun setelah mengadu hal tersebut ke media sosial, ternyata dia tidak berseorangan apabila ramai yang meluahkan mereka mengalami isu yang serupa.

petai bau

Artikel berkaitan: “Saya nak dia berdikari” – Ibu Minta Anak Belikan Air Mineral Raih Pujian Netizen

Artikel berkaitan: Wanita Gembira Dapat Botol Air Mineral Yang Ahli Super Junior Minum

“Air tersebut selamat untuk diminum” – Spritzer 

Cakna dengan isu tersebut, pihak Spritzer telah mengeluarkan kenyataan sementara berhubung isu berkenaan di laman Facebook rasminya dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Menurut Spritzer, pihaknya mengambil maklum akan isu berkenaan dan mereka kini sedang mengambil tindakan segera termasuk menjejak kelompok pengeluaran, ujian yang terperinci dan audit terhadap pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan.

Ujian awal mengesahkan bahawa air tersebut selamat untuk diminum dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

“Air botol boleh menyerap bau jika disimpan berhampiran bahan berbau kuat. Sila simpan di tempat sejuk, kering dan habiskan segera selepas dibuka,” tulis kenyataan tersebut.

Untuk sebarang bantuan atau penukaran produk, korang boleh saja hubungi Spritzer di nombor yang tertera di atas.

Harap isu ini dapatlah diselesaikan segera. Ramai peminat air Spritzer ni. 

Sumber: Facebook, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.