Penyanyi, Aina Abdul sanggup mengeluarkan belanja berjumlah sekitar RM85,000 secara keseluruhan untuk menjayakan persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil malam semalam.
Difahamkan lagu yang dibawa oleh penyanyi tersebut yang berjudul Terus Hidup itu adalah sebuah karya istimewa daripada Aina kerana ia mempunyai kisah disebaliknya.
Aina turut memberitahu bahawa dia sanggup berbelanja besar sebagai satu tanda penghargaan buat peminat-peminatnya yang telah banyak memberikan sokongan kepada karya seninya.
https://www.instagram.com/p/Cokc8ebB-w8/
Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Aina itu sememangnya berbaloi apabila dia membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM112,00 selepas berjaya merangkul gelaran juara AJL37 dan memenangi kategori Vokal Terbaik pada malam itu.
Aina berkata, lagu ciptaannya itu merupakan sebuah karya istimewa kerana ia didedikasikan buat arwah bapanya yang meninggal dunia ketika Aina berusia 15 tahun.
“Sekitar tahun 2015 dan 2016, saya melihat ramai komposer dan penulis lirik menyampaikan kisah mereka menerusi lagu. Dari situ saya mula terinspirasi untuk tulis lagu sendiri.”
“Lagu ini juga saya dedikasikan buat arwah bapa,” jelas Aina.
Menurut portal, Aina telah memilih tema awan selepas pulang daripada bercuti dan sewaktu berada di dalam kapal terbang dia melihat kepulan awan yang bergelora yang menenangkan.
Di samping itu, dia juga mendedikasikan persembahan Terus Hidup itu kepada arwah ayahnya kerana awan yang berada di atas pentas itu merupakan simbolik kepada orang yang sudah tiada dan tidak dapat dikawal oleh manusia biasa.
Sumber: Media Hiburan, mStar, Instagram (AJL37)
Rupanya ada maksud tersirat disebalik persembahan Aina semalam.. Apapun tahniah Aina!
Baca : “Bakat tak laku, nyanyi dekat kafe” – Ini 4 Cabaran Aina Abdul Sebelum Merangkul Kejuaraan AJL37