in

“Aik, baru upload penutupan bangunan” – Scammer Minta Bantuan Kantoi Lepas Hospital Tampil Bagi Respon

Ft Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengguna media sosial memohon ihsan orang ramai untuk menghulurkan bantuan buatnya dalam bentuk makanan atau apa jua bentuk kerana individu ini sudah seminggu tinggal di hospital yang terletak di Johor Bahru kerana anaknya menjalani pembedahan hati itu kehabisan wang.

Dalam perkongsian itu, dilihat wanita tersebut turut kongsikan kod QR supaya bantuan boleh disampaikan kepadanya. Walau bagaimanapun, hantaran ini telah mengundang rasa curiga netizen.


Artikel berkaitan: Lubuk ‘Online Scammer’ Diserbu, Kemboja Tahan 75 Suspek

Artikel berkaitan: Guna Isteri & Anak Minta Simpati, Netizen Dedah Modus Operandi ‘Scammer’ Warga Asing Di RnR

Bila pula terang benderang ni – Hospital

Screenshot 2026 04 13 154922

Dalam hantaran itu, turut dikepilkan gambar bangunan hopsital tersebut dan memandangkan perkongsian tersebut tular, ramai netizen yang menjelaskan bahawa blok bangunan tersebut telah ditutup, bahkan ada yang meminta wanita itu berjumpa dengan rakannya yang bekerja di hospital tersebut.

Namun begitu, dilihat wanita tersebut masih belum memberikan sebarang respon terhadap segala persoalan netizen. Keraguan makin bertambah apabila pihak hospital menerusi akaun di Threads telah tampil memberikan respon dengan mengatakan blok bangunan tersebut telah pun ditutup.

Screenshot 2026 04 13 155155

Malah, hasil pencarian netizen, mereka mendapati gambar yang digunakan oleh pemilik akaun tersebut merupakan gambar miik individu lain dan gambar bangunan hospital tersebut boleh dijumpai dalam hasil carian di Google.

670663908 17925315756271714 5996806436362338315 N

669782594 17925315744271714 1341122921548323109 N

Berdasarkan permerhatian kami, terkini profil individu tersebut telah pun disulitkan.

Sumber: Threads

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.