Setiap hari, ada sahaja episod baru tentang curang. Bagaimanapun, di luar negara, gempar tularnya satu video klip di laman Facebook “I Sor Khayi Kkhao” yang memaparkan seorang lelaki juga seorang ahli perniagaan pulang ke rumahnya di Sukhothai, Thailand.
Apa yang memeranjatkan, lelaki berusia 64 tahun itu tersebut menemui jubah berwarna oren milik seorang sami Buddha di luar bilik tidur.
Tanpa membuang masa, lelaki tersebut terus merekodkan perjalanannya ke arah bilik tidur. Alangkah kecewanya lelaki tersebut setelah mendapati isterinya yang juga seorang ahli politik Thailand curang dengan seorang sami!
Dalam video tersebut, boleh didengari lelaki tersebut menjerit ‘adakah anda berdua gembira’ sebelum isterinya membalas dengan ‘berhenti merakam, awak tidak boleh buat begini!”
Menurut laman Facebook sama, si suami sudah lama mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh itu, dia telah bertindak pulang ke rumah dengan lebih awal dengan harapan dapat menangkap isterinya itu.
Laporan terkini mendapati, ahli politik tersebut telah berpisah dengan isterinya manakala sami berusia 24 tahun itu pula sedang menyembunyikan diri.
Suami hadir program televisyen untuk cerita semula apa yang berlaku
Tidak lama kemudian, ahli politik tersebut telah menghadiri satu program televisyen di Thailand untuk menceritakan semula pengalamannya itu. Menurut lelaki tersebut, dia memandu selama 5 jam untuk ke Bangkok semata-mata untuk ‘menangkap’ isterinya itu.
“Saya cuba call isteri saya, tetapi panggilan tidak berjawab. Pada waktu itulah saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Setelah saya tangkap mereka, saya rasa sangat marah dan dikhianati. Saya sudah belikan isteri macam-macam hadiah termasuklah emas dan barang-barang berjenama,” katanya.
Artikel berkaitan: Angkara Curang, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam Kekasih
Artikel berkaitan: 5 Selebriti Yang Pernah Curang Ketika Pasangan Sedang Hamil
Sami tersebut pula tidak mengaku bersalah
Selepas ditangkap, sami tersebut menafikan apa yang berlaku. Malah, dia berkata, perkara sebenar bukanlah seperti apa yang dapat dilihat di dalam video tular.
“Kami hanya bersembang. Saya ada masalah, jadi saya luahkan kepada wanita tersebut sebelum menumpang mandi,” katanya.
Siasatan masih dijalankan
Menurut laporan Bangkok Post, siasatan masih lagi dijalankan. Bagaimanapun, hampir semua orang di Thailand tahu siapakah isteri serta sami yang terpapar dalam video tular.
Menurut pihak polis, kisah yang diceritakan oleh lelaki tersebut adalah benar.
Oleh itu, isteri yang juga ahli politik mungkin tidak boleh bertanding pada masa hadapan.
Sumber: World of Buzz