Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung selama dua hari di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak telah menyaksikan penyertaan ribuan peserta yang meminta aktiviti permotoran itu.
Namun, beberapa kemalangan juga dilaporkan berlaku yang difahamkan terjadi ketika mangsa-mangsa berada dalam perjalanan untuk ke himpunan tersebut.
Seorang jururawat, Roslinawati Ramli dilaporkan maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk ke himpunan itu apabila motosikal Yamaha RXZ yang ditunggang oleh mangsa terbabas.
Abang mangsa yang dikenali sebagai Emey Lee mengatakan adiknya itu bukanlah ‘minah rempit’ sebaliknya mangsa sejak remaja lagi sememangnya minat dengan aktiviti permotoran, lapor Harian Metro.
Artikel Berkaitan: “Ini kami ada bagi toto” – Peniaga Sediakan Tempat Tinggal Percuma Buat ‘Musafir’ RXZ Member Dipuji Netizen
Artikel berkaitan : Konvoi Bertukar Tragedi, Seorang Lelaki Terbabas Dalam Perjalanan Ke Himpunan RXZ Members 7.0
Menurut abang mangsa lagi, Roslinawati ke himpunan RXZ itu bersama-sama suami dan ibu bapa mentua serta ahli keluarga yang lain.
Jadi, istilah tinggal suami untuk ke himpunan RXZ seperti yang diperkatakan oleh sesetengah warganet tidak sepatutnya timbul kerana mangsa ke sana bersama-sama suami dan ahli keluarga yang lain.
Menurut polis Hulu Terengganu, motosikal yang ditunggang oleh mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.
Sumber: Harian Metro