in

#AdhamBabaLetakJawatan Trending Lepas SOP Kuarantin Untuk Menteri Dikurangkan Dari 10 Hari Ke Hanya 3 Hari

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba baru-baru ini telah keluarkan perintah melonggarkan peraturan kuarantin untuk anggota kabinet yang membuat perjalanan rasmi ke luar negara.


Memetik laporan dari MalaysiaKini, perintah tersebut dikeluarkan bagi mengurangkan tempoh kuarantin menteri dari 10 hari ke hanya tiga hari.

Perintah yang dinamakan “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 itu diterbitkan oleh Warta Persekutuan semalam dan ia telah ditandatangani oleh Adham Baba dan akan berkuatkuasa bermula hari ini 9 Februari.

553 1

Menteri (Adham Baba) mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.”

Kalau korang nak tahu, Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ini memperuntukkan “Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.”

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.”

Muhyiddin Jokowi 05022021

Seperti yang korang semua tahu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin baru sahaja kembali dari Indonesia pada Jumaat lalu selepas membuat rawatan rasmi  namun tak dapat dipastikan jika perintah itu berlaku ke atasnya atau tidak. Sekiranya ya, Muhyiddin bebas untuk bergerak mulai hari ini.

Manakala Menteri Luar Negeri, Hishamuddin Hussein pula kini dalam perjalanan rasmi ke Abu Dhabi dan akan kembali selepas perintah ini berkuatkuasa.

Ekoran dari ini, ramai netizen menyatakan rasa tak puas hati mereka atas kelonggaran yang diberikan oleh ahli kabinet sehingga tanda pagar #AdhamBabaLetakJawatan trending nombor 1 di Twitter semasa artikel ini ditulis.

Screenshot 2021 02 09 At 9.26.55 Am Down

 

Baca: Isu Langgar Kuarantin: Jabatan Peguam Negara Putuskan Tiada Tindakan Lanjut Kes Menteri

Screenshot 2021 02 09 At 9.36.22 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.