in

“Perlu dapatkan sijil digital” – Penerima Vaksin Luar Negara Diminta Lapor Ke Pejabat Kesihatan Daerah

Adham Baba Minta Penerima Vaksin Luar Negara Daftar Ft Image.jpg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini kemana sahaja tempat awam yang ingin dikunjungi perlu mempunyai pengimbas MySejahtera selain sijil dua dos lengkap vaksinasi perlu ditunjukkan sebelum dibenarkan masuk ke mana-mana premis.


Seperti yang ramai ketahui, baru-baru ini, aplikasi MySejahtera telah ditambah baik dari segi paparan status vaksinasi dan profile pengguna yang kini ditunjukkan pada skrin utama berbanding sebelum ini.

Dalam masa yang sama, mereka yang mendapatkan vaksinasi di luar negara perlu melaporkan ke Pejabat Kesitahan Daerah (PKD) bagi membolehkan sijil vaksinasi digital mereka ditunjukkan dalam aplikasi tersebut.

Sijil Mysejahtera

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr. Adham Baba baru-baru ini berkata, mereka yang mendapatkan vaksinasi di luar negara seperti di Singapura atau negara lain perlu membuat demikian supaya sijil vaksinasi mereka tersebut dapat disahkan serta diakui keasliannya oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Yang penting, kita mahu sahkan sama ada sijil vaksinasi antarabangsa diterima itu tulen, selain jenis vaksin yang diterima diluluskan negara”

Difahamkan, perkara tersebut perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang mendapat suntikan vaksin di luar negara dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan sijil vaksinasi mereka akan turut dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

Adham Baba Minta Penerima Vaksin Luar Negara Daftar.jpg

Menurut Adham Baba lagi, selepas laporan ke PKD dibuat, ianya akan dihantar untuk pengesahan oleh CPRC sebelum makluman tersebut dihantar ke MySejahtera bagi tujuan memaparkan sijil vaksinasi tersebut di profile pengguna.

Sementara itu, beliau yang juga merupakan Pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, pihak kerajaan juga bakal memeriksa sijil vaksinasi pelancong di pintu masuk antarabangsa Langkawi sebaik sahaja ianya dibawah program gelembung pelancongan, 16 September ini.

Selain akan ada SOP tertentu yang bakal dilaksanakan, pelancong yang ingin memasuki pulau peranginan tersebut bakal diminta untuk menunjukkan sijil vaksinasi mereka.

Baca : “Inilah yang kita mahu dari menteri” – Netizen Puji KJ, Bertindak Pantas Perbaiki Paparan & Ciri Baru MySejahtera

Mysejahtera New Layout Ft Image

Sumber: Mashable SEA
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.