in

“Adakah saya gengster?” – YB

Yb Explain Ye

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai dah kenal dengan YB yang sorang ni kan? Tak perlu admin nak explain panjang-panjang siapa dia. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Melaka, Norhizam Hassan Baktee jadi perhatian netizen satu Malaysia lepas video beliau ketika berjumpa dengan penduduk viral baru-baru ni.

Sejak daripada tu, semua orang mula label beliau sebagai YB Gengster, YB Biasap, YB Samseng dan tak kurang juga yang sentuh isu potongan rambutnya. Menurut Utusan, netizen gelar beliau sebegitu dek kerana sikapnya yang dikatakan terlalu agresif semasa berjumpa dengan penduduk.

Yb Penduduk
sumber: the star

Malah, ada juga netizen yang timbulkan balik isu kekecohan sebelum ini ketika beliau mengetuai serbuan dekat stor simpanan baja di Merlimau pada Ogos lalu. Setakat ni, YB Norhizam dah dikaitkan dengan tiga insiden berbeza iaitu:

  1. Serbuan stor simpanan baja di Merlimau (Ogos)
  2. Berbalah dengan sekumpulan nelayan di Kampung Hailam, Tanjung Kling (few days lepas insiden 1)
  3. Pertengkaran dengan sekumpulan penduduk kampung kerana isu penutupan jalan di Taman Akasia

Menurut YB Norhizam, beliau telah ‘diserang’ dulu oleh penduduk sebaik sampai di sana.

“Setibanya saya di sana, saya ‘diserang’ sekumpulan 10 penduduk Pengkalan Batu dengan kata-kata yang tidak sepatutnya seperti jalan ini tidak patut ditutup tetapi dalam masa yang sama apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri membuat penerangan, mereka masih tidak boleh menerima malah menuding jari kepada saya dengan suara yang tinggi. PBT sendiri menerangkan kepada mereka bahawa jalan taman itu memang boleh ditutup kerana mereka sudah menaik taraf jalan baharu di laluan utama.”

Yb
sumber: the star

Kalau korang tengok video tu, memang obvious sangat nampak YB tengking seorang pakcik kan? Menurut beliau, dia terpaksa tinggikan suara bila berdepan dengan situasi keras dan ‘diserang’ sebegitu.

Saya hendak beritahu netizen, apabila saya berdepan situa­si agak keras maknanya saya ‘diserang’, saya dikata, dicaci dengan nada yang tinggi tetapi benda itu tidak dirakamkan, jadi saya perlu menjawab dengan nada yang agak tinggi.”

YB juga mengaku ada tinggikan suara tapi dia berbuat begitu kerana tak boleh bercakap guna nada biasa kerana suaranya akan tenggelam.

“Saya tidak tahu ada pihak cuba ambil kesempatan mera­kam kejadian itu, apa yang saya cakap dia rakam tetapi yang penduduk maki saya mereka tidak rakam. Semua ini seolah-olah dirancang untuk menjatuhkan imej saya, disunting sebab itu tular dalam banyak slot. Jika berani siarkan keseluruhan kejadian itu dan semua ini tidak membuatkan saya gentar kerana saya bekerja kerana Allah.”

YB sendiri dah akui kesilapan, mohon maaf dan berjanji untuk perbaiki kelemahan diri terutamanya aspek komunikasi ketika berhadapan dengan rakyat.

Yb Salam
sumber: kosmo

 

Berikut adalah soalan-soalan lain diajukan wartawan kepada YB:

Yb Soalan 1 Yb Soalan 2

Yb Soalan 3
sumber: utusan

Biasalah YB, netizen sekarang laju je nak rakam and viralkan. 

Baca: “Jahan*m lah kau next PRU nanti.” – YB Biadap Tengking Orang Tua Cetus Kemarahan Netizen

Yb Biadap Eh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.