in

“Ada unsur gharar” – Penjelasan Secara Terperinci Kenapa Kedah Jual Secara Cedok Di TikTok Haram

Ft Jual Cedok Haram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita scroll TikTok sekarang kan, pasti kita akan ternampak video sesi live yang menunjukkan para peniaga membuat jualan ‘secara cedok’ lalu di fyp kita.


 

Jual barang cedok ikut nasib pembeli dapat apa

Konsepnya, peniaga akan sediakan satu bakul, dan mereka akan cedok barang jualan dalam satu balang untuk diletakkan ke dalam bakul dengan harga jualan yang tetap. Jadi, ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit dan jenis barang yang dia dapat.

Screenshot 2022 07 19 125134 Screenshot 2022 07 19 125155 Screenshot 2022 07 19 125208

Macam-macam jenis barang yang mereka jual, ada yang jual pin tudung, ada yang jual makeup, gula-gula dan macam-macam lagi.

 

Haram disisi Islam?

Memandangkan kaedah ini tengah trending, pelbagai pihak sedar dan ia membuatkan pendakwah PU Amin terpanggil untuk tampil memberikan pandangannya dan membuat teguran bahawa kaedah ini sebenarnya haram dalam agama Islam.

Menurutnya, kaedah ini mempunya unsur Gharar dimana terdapat keraguan, tipuan, atau tindakan yang bertujuan untuk merugikan orang lain.

@ustazamirulamin

Inshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.

♬ Emotional Islamic Music (2021) – Arslan Chaudhry

Dalam pada itu,  Pakar syariah dan muamalat, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah berkata, menjual dengan cara tersebut adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW. Lapor mStar Online.

 

“Rasulullah SAW melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim). Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual.

“Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual dan tidak boleh lagi ada pilihan,” tulis beliau di Facebook.

Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.

Ahmad Sufian berkata, Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil iaitu tidak sah kerana mengandungi unsur gharar.

“Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah).

“Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian,” katanya.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, individu yang dikenali sebagai Abdullah Jamadi ini tunjuk contoh bagaimana boleh wujudnya ketidak adilan dalam kaedah perniagaan ini.itu mStar

https://www.tiktok.com/@abdullahjamadi/video/7121862998762786075?_t=8U6Hy0BS2uP&_r=1

Lepas ni kita sebagai umat islam perlu peka mengenai hal ini.

Baca : “Jangan hasut orang, jangan cerita ini dajjal” – PU Amin Kongsi Sijil Vaksin Zaman Uthmaniah

Sijil Vaksin Zaman Uthmaniah Pu Amin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.