in

“Ada sejarah penyakit” – Pemandu Ambulans Meninggal Dunia Lepas Hantar Pesakit Covid-19

Ambulan2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sosial semalam gambar seorang pemandu ambulans yang meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 di Perak.



Walaubagaimanapun, Harian Metro melaporkan bahawa individu tersebut disahkan negatif daripada virus itu.

Hasil beberapa ujian saringan Covid-19 yang dilakukan terhadap Allahyarham sebelum ini adalah negatif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

 

Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan.” -Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

126841059 1241409142908989 3921012872548390874 N

Katanya lagi, pihak KKM masih menjalankan siatan berhubung punca sebenar kematian. Namun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.

Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring sambil memakai (PPE) sejak semalam.

Dapat dilihat ada beberapa petugas kesihatan mengerumuni mangsa dan cuba memberikan bantuan kecemasan..

Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri.

 

Baca : [Video] Pernah Dengar Siren Ambulans? Ini Perbezaan 2 Bunyi Siren Yang Korang Kena Tau

Ambulans

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.