Isu ‘double standard’ memang bukan perkara yang asing di negara kita ni. Bukan setakat pasal hal politik, tapi yang masih ramai orang tak perasan adalah ‘double standard’ hal antara lelaki dan perempuan.
Semalam, pelakon Hafreez Adam ada memuat naik posting di Instagram tentang pengalamannya yang membuatkan dia sedar tentang ‘double standard’ dalam isu gangguan seksual. Menurutnya, ketika sedang membuat IG live, ada yang bertanyakan kepadanya tentang sexual harrasment dan Hafreez kemudian mengambil keputusan untuk berkongsi pengalamannya sendiri.
“If lelaki bergurau, tepuk punggung perempuan, korang anggap apa?”
Melalui instastory yang kemudian dimuat naik semula di IG post, Hafreez bertanya soalan dan membandingkan jika berlaku situasi yang sama (gangguan seksual) terhadap lelaki dan perempuan.
Okay. Abe nak tanya. If lelaki, bergurau, tepuk punggung perempuan. Korang anggap tu apa?”
Ramai yang menjawab ianya tidak elok, tidak boleh dikira sebagai gurauan dan dikira sebagai gangguan seksual. Namun, apabila bertanya jika perkara itu terjadi kepada lelaki, tidak ramai yang menjawab ianya adalah gangguan seksual.
Tak kisah lelaki/perempuan, itu adalah sexual harrasment
Hafreez menerangkan dan menegaskan kepada pengikutnya bahawa situasi yang berlaku terhadap lelaki juga adalah sexual harrasment. Bukan itu saja, dia turut ‘buka mulut’ berkongsi pengalamannya suatu ketika dulu yang menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang perempuan di set shooting.
Benda ni pernah jadi pada Abe dekat set shooting. Ada satu perempuan ni (but abang-abang lah). Suka grab my ass and chest.”
Abe tahu dia gurau sebab dia cakap dia tak suka lelaki pun.The problem was, it’s my body dan Abe tak comfortable orang pegang/tepuk dekat situ.”
Kalau perempuan buat, gurau. Kalau lelaki buat kena bash
Ada satu time tu dia buat masa tengah shoot outdoor. Dekat mall. Abe cakap ‘Kau kenapa? Kau nak aku grab kau juga ke??’ (Which was stupid of me lah. Jangan cakap macam tu okay! I said it our of frustration, obviously).”
Then dia laju cakap ‘tak boleh. aku perempuan.’ Sambil gelak-gelak. Waktu tu baru Abe sedar betapa double standard nya isu ni.”
It’s okay untuk perempuan buat. Apparently, it’s just a joke. Tapi lelaki kalau buat. Laju sahaja kena bash. And if lelaki cakap isu ni, orang pandang serong”.
Hafreez sempat mengingatkan netizen supaya tidak normalize isu sensitif sebegitu. Gangguan seksual berlaku terhadap perempuan DAN JUGA terhadap lelaki.
Jangan normalize kan benda ni. That “it’s okay” to do that. It’s okay if kedua-dua pihak okay and tak kisah. But if one party tak okay/tak suka. That is sexual harrasment.”
Baca perkongsian Hafreez di bawah:
https://www.instagram.com/p/CKf3TvABnXs/
Betul tu! Sexual harrasment terjadi dekat sesiapa tak kira umur, tak kira jantina.
Baca: “Malam Jumaat saya makan Teopokki, tapi rasa lain” – AC Mizal Dikecam Sebab Buat Lawak Lucah?