in

Kisah Dicky & Abang Minyak Hitam Jalanan Buat Baim Wong Tersentuh, Mahu Jemput Individu Tular Ke Premiere Filem

Baim Wong Dicky Abang Minyak Hitam Jalanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah seorang mekanik yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan yang membantu seorang pemuda bernama Dicky Yau membaiki motosikal tanpa mengenakan sebarang caj bukan sahaja telah mencuri perhatian masyarakat, bahkan turut meruntun hati warganet Indonesia.

Kisah kedua-dua individu ini juga meraih perhatian pelakon dan pengarah Baim Wong yang meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan individu dalam video tular tersebut.


Baim yang juga terkenal dengan sikap dermawan dan suka membantu orang lain mahu individu tular ini menjadi tetamu istimewanya untuk premiere filem terbaharunya.

“Satu video ini buat saya rindu akan sesuatu. Dari suaranya saya tau dia tulus, bukan kerana kamera.

“Semoga dia mahu menjadi tetamu istimewa saya untuk datang ke premiere filem,” tulis Baim Wong dalam satu hantaran di Threads.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Pihak Restoran Terharu, Ramai Mahu Jumpa Dicky Lepas Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan

Artikel berkaitan: “Hari ni saya tolong abang, esok Allah tolong saya” – Mekanik Dipuji Baiki Motosikal Keluarga Kecil Pukul 1 Pagi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet Indonesia juga tersentuh melihat video berkenaan.

Ramai yang memahami kesukaran yang dihadapi Dicky, selain memuji ketulusan hati abang mekanik.

Screenshot 2026 04 21 111842 Screenshot 2026 04 21 111901 Screenshot 2026 04 21 111927

Sumber:  Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.