in

“Ada rezeki kita jumpa di syurga ya sayang!” – Datin Shahida Kongsi Detik Sedih Melepaskan Qayyum Kepada Ibu Kandung

Shahida Qayyum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak lama dulu, kecoh di media sosial tentang isu ibu kandung Qayyum, anak angkat Datuk Aliff Syukri yang mahu mengambil anaknya kembali gara-gara menuduh usahawan kosmetik terbabit dan isteri tak reti menjaga budak tu dengan baik.

Terkilan dengan tuduhan tersebut dan tak tahan asyik terima desakan, Datuk Aliff dengarnya memang nak beri Qayyum kembali kepada ibunya. Aduhai, sedih memang sedih tapi apakan daya… 


 

“Waktu saya post ni mungkin yom dah ada di pangkuan mak dia… sorry sayang mama tak dapat hantar!” 

Tup-tup hari ini, Datin Seri Shahida telah memuat naik posting di Instagram memberitahu bahawa Qayyum sudah pun diserahkan kepada ibu kandungnya.

Menurut isteri kepada jutawan ini, dia memohon maaf kerana tidak dapat menghantar Qayyum dan berdoa semoga dapat bertemu dengan anak angkatnya itu di syurga nanti. InsyaAllah datin! Tersentuh admin baca luahan hatinya. 

Shahida
sumber: instagram

“Bye-bye… waktu saya post ni mungkin yom dah ada di pangkuan mak dia. Sorry sayang mama tak dapat hantar!

“Mama doakan yom jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa yom. Mama halalkan air susu mama untuk yom. Mama minta maaf kekurangan mama jaga yom dan mungkin tak sebaik ibu yom jaga!

“Ada rezeki kita jumpa ya sayang! Tak jumpa di dunia kita jumpa di syurga (kalau mama masuk syurga la!)” 

 

“Walaupun pahit… kuatkan family kami” 

Dalam pada itu, Datuk Aliff pada masa yang sama hanya screenshot saja ucapan di posting isterinya dan muat naik ke Instagram peribadi. Dia tidak memberikan banyak komen selain berdoa agar inilah jalan yang terbaik dalam selesaikan masalah.

https://www.instagram.com/p/BtCsvTNAlZ5/

Admin ada periksa juga di bahagian instastory Datuk Aliff. Dia sempat buat live dengan Qayyum sebelum menghantar anak angkatnya itu pulang ke ibunya.

Qayyum
sumber: instagram

 

“Seriously memang tersentuh bila tengok hari-hari terakhir datin bersama yom” 

Rata-rata netizen yang melihat posting Datin Shahida ini berkongsi kesedihan dan seakan memahami apa yang dirasai hati seorang ibu yang ingin melepaskan anak angkatnya pergi. Semoga Datin Shahida tabah ye! 

Yom 1 Vert
sumber: instagram

Admin doakan semoga Datuk Aliff dan Datin Shahida sekeluarga tabah hadapi dugaan ini. InsyaAllah Qayyum akan sentiasa ingat datin dan datuk yang menjaganya sejak dari kecil. Be strong! 

Baca: “Sila ambil balik anak awak skrggg… saya bukan nak sgt anak awak!”- Akhirnya Aliff Syukri ‘Meletup’ Lepas Dituduh Pasal Isu Anak Angkat.

Alif 1 758X328 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.