in

“Ada penonton yang pengsan…” – Ahli Silap Mata Riana Nafi Guna Ilmu Hitam & Perkara Khurafat

Riana Ilmu Hitam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli silap mata atau magician merupakan satu bentuk persembahan yang mampu memukau siapa sahaja yang menontonnya.

Kebiasaannya ahli silap mata ini akan menggunakan prop atau barang yang sesuai seperti daun terup ataupun gegelung besi.


Namun, seorang ahli silap mata atau lebih tepat jika dipanggil illusionist dari Indonesia, Riana yang terkenal dengan silap matanya yang menyeramkan baru-baru ini menepis dakwaan bahawa dia menggunakan ilmu hitam atau elemen berunsur khurafat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Sacred Riana (@rianariani)

Bercakap kepada Kosmo!, Riana atau nama penuhnya Marie Antoinette Riana Graharani memberitahu dia sememangnya memiliki keistimewaan melihat ‘sesuatu’ yang tidak boleh dilihat orang lain dengan mata kasar.

“Ketakutan adalah daripada perasaan dan fikiran individu itu sendiri. Saya hanya mengajak bermain dengan mereka yang mungkin tidak boleh kalian lihat,” katanya.

Riana yang juga juara rancangan realiti Asia’s Got Talent itu turut berpesan kepada sesiapa yang hadir ke persembahannya untuk bersedia dalam keadaan mental untuk ‘bermain’ bersama.

“Hadir pada hari tersebut dengan membawa objek kecil yang boleh digenggam serta pernah dimiliki oleh seseorang yang sudah meninggal dunia.

Tiada amaran kepada mereka yang hadir dan harus diingatkan, dalam setiap persembahan saya sebelum ini memang ada penonton yang pengsan,” katanya lagi.

Sejak Riana menjuarai pertandingan itu, dia telah menerima pelbagai jemputan persembahan di seluruh dunia dan bakal mengadakan jelajah di beberapa buah negara lain seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Jerman.

Uihhh serammm…

Baca: 5 Filem ‘Horror’ Popular Ini Rupanya Ambil Inspirasi Dari Kisah Sebenar, Seram Weh!

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.