in

Ada Orang Sanggup ‘Beli’ Resipi Mee Wantan Ini Dengan RM 6 Juta Tapi Ditolak Sebab…

Wantanmee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap masakan pasti akan ada resipi rahsia daripada turun temurun, bagi sesetengah keluarga ia sangat sulit, lebih-lebih lagi kalau ianya dijadikan sebagai sumber pendapatan kita.


Ada satu gerai makan di Singapura ini memang terkenal dengan menu Mee Wantan, keenakan Mee Wantan di restoran masakan cina Kak Kee Wantan Noodle ini boleh dikatakan tiada tandingan sampai ada yang sanggup bayar mahal untuk dapatkan resipi dia.

 

Ada orang sanggup tawar RM 6 juta untuk beli resipi rahsia, tapi ditolak sebab..

Wanton 190320 Dy B1 Noresize

Difahamkan gerai makan ini memiliki dua cawangan, namun salah satunya terpaksa ditutup ekoran dengan keadaan kesihatan pemilik gerai ini tidak stabil.

Malah gerai ini dikatakan agak lama jugalah tutup, tapi akan dibuka semula dalam bulan Mac ini. Menurut World Of Buzz, gerai itu sekarang dijaga oleh pemilik bersama dua orang anaknya, mereka bertiga bekerja keras untuk mengembalikan ‘keagungan’ kedai mereka.

Wanton 190320 Dy B2 Noresize

Apa yang membezakan mereka daripada peniaga mee wantan yang lain adalah sos mereka berasaskan lemak dan mee sangat kenyal. Mereka punya homemade chilli juga ada rasa tersendiri. Itulah tarikan utama kedai makan ni.

Ketika ditemuramah oleh media, anak lelaki pemilik kedai yang berusia 35 tahun itu berkata beliau dan adik perempuannya (32 tahun) masih belajar setiap hari untuk memastikan setiap hidangannya mempunyai ‘rasa tradisional’ dan memenuhi citarasa pelanggan.

Kiranya dua beradik ni dah mempelajari kemahiran dari bapa mereka dan kini boleh mengendalikan gerai sahaja.

Nak pastikan generasi muda rasai air tangan sendiri

Wanton 190320 Dy B3 Noresize

Bahkan, anak lelakinya ada mendedahkan bahawa mereka sentiasa menerima tawaran untuk membuka cawangan di luar negara malah ada orang pernah menawarkan mereka lebih dari SGD2 juta (lebih kurang RM6 juta) untuk membeli resipi rahsia mereka.

“Jelasnya, pelabur akan mahu melihat pulangan yang tinggi tetapi sekarang, kami tidak mahu cepat kaya dengan memperoleh sejumlah wang. Tak dinafikan, mendapatkan wang adalah satu kemestian, tetapi kami ingin memberi tumpuan lebih kepada menyempurnakan kerajinan dan memastikan generasi muda dapat merasakan mee kami,”

Tambahnya lagi, dia akan menambahkan lagi cawangan jika mereka telah betul-betul ada passion dalam perniagaan ini. Mungkin dia maksudkan bukanlah nak kaut untung semata-mata, pentingkan rasa dalam masa yang sama cari sumber pendapatan.

 

Baca : Inilah dia definisi kedai luar warung, atas pinggan taraf hotel”- Nampak Biasa Tapi Menu & Harga ‘Tak Masuk Akal’

Warungmuar12 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.