in

“Ada kosong tak?” – Syarikat Ni Tolong Bayarkan PTPTN Staff Diaorang Tanpa Perlu Tolak Gaji

msian company helps employees pay off their ptptn loans for loyalty incentive world of buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi WORLD OF BUZZ dan Malay Mail, pengarah urusan untuk syarikat Vector Infotech Sdn Bhd, Hii Ding Si menemui satu taktik baru untuk memastikan pekerja terbaiknya kekal berkhidmat di syarikat tersebut iaitu bayarkan balik pinjaman PTPTN!

Pemilik syarikat industri rangkaian itu menjelaskan bahawa perlaksanaan baru itu dibuat kerana tak nak kehilangan pekerja terbaik memandangkan saingan sengit daripada syarikat lain.


Ketika Hii membuat lawatan di tampat kelahirannya di Sibu, dia dilaporkan mencari para pelatih dari Universiti Kolej Teknologi Sarawak. Katanya..

 

 

Setelah tamat latihan, mereka akan ditawarkan pekerjaan di syarikat saya dan menilai dari maklum balas daripada pengurusnya, syarikat akan membantu mereka membayar balik pinjaman PTPTN mereka.”

msian company helps employees pay off their ptptn loans to keep good interns world of buzz 2

Bagaimanapun, ia bukanlah dilaksanakan kepada semua pekerja. Hanya beberapa staff yang terpilih sahaja yang layak menerimanya.

Tambahnya lagi, dia sudah memberikan arahan itu kepada setiap ketua department untuk syarikatnya untuk menilai pekerja yang terbaik untuk menerima manfaat ini.

Katanya, buat masa ni, dah ada 3 orang pekerja yang dah terima manfaat itu. Syarikat tersebut mempunyai dana yang cukup untuk 12 orang staff terpilih untuk menerima manfaat itu.

Selain itu syarikat ini juga menyediakan potongan EPF dan Socso yang kebiasaannya ada di mana-mana syarikat.

Walau bagaimanapun, PTPTN secara rasminya telah melancarkan skim pembayaran majikan di bawah Bajet 2019, yang sah sehingga 31 Disember tahun ini.

Ini bermakna Vector Infotech mendapat pelepasan cukai untuk jumlah yang mereka belanjakan membiayai pinjaman pelajar dan cukai pekerja lain!

Jadi secara tak langsungnya, kedua-dua pekerja dan majikan mendapat sesuatu yang sedikit daripada ini.

Aiyoo bestnya ada kerja kosong tak?

 

Baca : “Batal lesen2 syarikat kurang ajar ni” – Pasang Jalur Gemilang Terbalik Bulan Kemerdekaan, Ada Agenda Tersembunyi?

bendera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.