in

“Ada juga yang tinggal di asrama” – Sungai Golok Sunyi, Ramai Pelajar Sudah Guna ICQS

syaz ft 2024 12 09T111922.507

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kecoh apabila terdapat ramai pelajar yang menggunakan pangkalan haram Sungai Golok di perbatasan Malaysia – Thailand untuk pergi ke sekolah.

Pun begitu, penggunaan pangkalan itu telah pun diharamkan berkuatkuasa 1 Disember lalu.


Menurut laporan Harian Metro, sebelum ini pangkalan haram tersebut meriah dengan pelajar menggunakan bot yang tinggal Golok, Thailand, namun bersekolah di Rantau Panjang tetapi kini situasi di situ berbeza.

Artikel berkaitan: Sanggup Berulang-alik, Ramai Pelajar Rentas Sungai Golok Tak Setuju Saranan Tinggal Di Asrama

Artikel berkaitan: Pelajar Seberang Sungai Golok Untuk Ke Sekolah Disyor Tinggal Di Asrama – Menteri Pendidikan

cats 7

Bermula 6.45 pagi hingga 7.30 pagi di beberapa pangkalan haram yang menjadi laluan pelajar sebelum ini mendapati tiada sebarang pergerakan berlaku.

Difahamkan, kebanyakan pelajar kini menggunakan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), malah ada dalam kalangan mereka yang tinggal di asrama.

Seorang pelajar dikenali sebagai Aira berkongsi, sejak 1 Disember lalu dia memilih untuk menggunakan menggunakan ICQS untuk ke sekolah.

“Sebelum ini, memang kami naik bot ke sekolah, namun sejak 1 Disember semua pelajar sudah melalui ICQS. Ada juga yang tinggal di asrama.

Boleh dikatakan sudah tiada pelajar yang berani menggunakan bot selepas polis memaklumkan akan menangkap sesiapa sahaja yang menggunakan pangkalan haram,” katanya.

Semalam, media melaporkan, empat individu masing-masing dua lelaki tempatan dan dua warga Thailand menjadi tangkapan pertama selepas larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram dikuatkuasakan bermula 1 Disember lalu.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.