Baru-baru ini Instagram story penyanyi rap terkenal Hollywood, Cardi B menarik perhatian ramai netizen di Malaysia. Melalui video itu, Cardi menunjukkan hidangan kuih tradisional negara kita iaitu karipap, mini popia goreng, kuih pau, sup ayam dan bihun goreng!
Hal itu viral hingga ke Twitter di mana netizen berseloroh mengatakan Cardi B makan bihun yang selalu dihidangkan ketika mesyuarat PIBG di sekolah.
Cardi B makan bihun PIBG, karipap and popiah goreng? Cardi B tengah meeting dengan kementerian mana ni? ?”
Ada juga yang tertanya-tanya tentang keberadaan Cardi memandangkan dia dihidangkan makanan sebegitu. Namun, dia bukanlah berada di Malaysia atau mana-mana negara di Asia.
Rupa-rupanya, makanan macam karipap tu boleh dijumpai atau ada dijual di Republik Dominika dan Trinidad and Tobago iaitu tempat kelahiran ibu bapa Cardi.
Bagaimanapun, ianya tidaklah betul-betul sama seperti yang kita biasa makan di Malaysia ni. Contohnya, karipap kita diletak kari kentang tapi di sana ia dipanggil empanadas dan intinya adalah daging, sayur dan keju. Tapi, sekali tengok memang nampak sama sangat macam karipap kita!
Namun, tak pasti sama ada bihun, popia goreng atau pau itu juga adalah makanan variasi lain yang dijumpai di sana. Yang pasti, kalau kita pergi travel ke sana kita takkan rasa pelik nak makan empanadas tu!