in

“Kalau dah curang, curang je lah, tak perlu nak normalizekan poligami buat content murahan” – Nabila Huda

Ft Nabila Huda Maki Abang Tesla Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak cukup dengan maki hamun, pelakon Nabila Huda lagi sekali tampil memberikan kenyataan pedas kepada pempengaruh yang tular menunjukkan dirinya mahu madukan isterinya.


Menerusi platform X, Nabila Huda mengatakan bahawa jika seseorang lelaki itu masih bernafsu tengok wanita lain, dia patut ‘berhibur’ sepuas-puasnya sampailah bersedia untuk setia pada seorang wanita untuk dijadikan isteri

 

Sound pempengaruh yang buat content murah

Dalam pada itu, Nabila Huda atau lebih mesra dengan penggilan Abil menyatakan bahawa tindakan pempengaruh itu diklasifikasikan sebagai curang kerana baginya tak perlu menganggap poligami sesuatu yang perlu dinormalisasikan.

Dalam pada itu, Abil turut menyangkal cara pempengaruh ini membuat kandungan murahan untuk mempengaruhi orang lain kononnya cara yang dia lakukan ini betul. Jelas Abil lagi, jika dia mencintai isteri atau wanita yang berjanji akan jaga dan sayang sampai akhir hayat, dia pasti tidak akan curang dengan isteri.

F4C70Xfauaadrks

Tegas Abil, tidak dinafikan seorang isteri memang akan taat dan jaga maruah suami tetapi Abil terkilan dengan sikap pempengaruh itu yang begitu mudah berselingkuh dan menduakan kesetiaan isterinya.

Jelas Abil, jika pempengaruh itu sudah mungkir janji, ada kemungkinan dia akan berkahwin lagi dan takkan pernah setia pada yang satu.

Tambahnya, perkara ini juga sama dengan perempuan yang kononnya tak bersalah dalam situasi tersebut.

F4C70Xhaiaazxf5

Dalam masa 18 jam dimuat naik, kenyataan Abil ini telah meraih lebih daripada 10K jumlah perkongsian, ramai netizen bersetuju dengan kenyataannya bahkan kaum suami juga ikut sama setuju.

Sebagai rujukan, baru-baru ini satu video tular menunjukkan seorang lelaki yang digelar sebagai Abang Tesla memujuk isterinya selepas solat subuh kerana sedih si suami bakal berkahwin lagi satu. Difahamkan, video itu dirakam tiga jam sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Baca : Viral Video Influencer Pujuk Isteri Nak Kahwin 2, Ramai Setuju Dengan Respon Nabila Huda Ni

Ft Nabila Huda Sound Abang Tesla 1

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.