in

“Abang polis pun faham” – Tak Dapat ‘Contact’ GF, Lelaki Beranikan Diri Minta Pengecas Telefon Dari Anggota Polis

lelaki minta pengecas telefon anggota polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kesibukan menjalankan tugas hakiki, badan beruniform seperti anggota polis juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap orang awam yang sedang menghadapi masalah.

Seperti video tular baru-baru ini, momen seorang lelaki dibantu dua anggota polis telah mencuit hati netizen.


Kisahnya bermula apabila lelaki yang dikenali sebagai Jia berhenti di bahu jalan dan ketika itu di hadapan keretanya ada sebuah kereta polis yang dipercayai sedang menjalankan tugas mereka.

Tidak lama kemudian dua anggota polis menghampiri keretanya dan meminta dia mengeluarkan lesen untuk pemeriksaan rutin.

Artikel berkaitan: “Terbaik abang polis” – Respek! Netizen Puji Anggota Polis Bantu & Mandikan Pesakit Mental Di Masjid

Artikel berkaitan: Lelaki Malaysia Tak Perasan Termasuk Perairan Singapura, Reaksi Polis Buat Ramai Terhibur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 諠布胜利 (@jiarx_uan)

Minta pengecas sebab mahu hubungi teman wanita

Sementara menyemak lesen lelaki itu, anggota polis bertanyakan adakah dia sedang menunggu seseorang di kawasan tersebut.

Jia terus menjawab dia sebenarnya berhenti di situ kerana mahu meminjam pengecas telefon kerana telefon pintarnya kehabisan bateri.

Katanya, dia terdesak untuk meminjam pengecas telefon kerana tidak dapat menghubungi teman wanitanya yang sedang bekerja di lapangan terbang KLIA.

“Saya nak tanya you punya kereta ada charger tak sebab bateri telefon saya sudah habis. Saya nak ambil girlfriend tapi sebab bateri habis tak tahu macam mana nak pergi.

“Saya dah tunggu tiga puluh minit nasib lah saya jumpa awak. Saya nak tanya tadi tapi sebab awak berdua (anggota polis) sedang buat kerja jadi saya tak mau kacau,” katanya.

Anggota polis yang mendengar penjelasan Jia tergelak kecil sebelum membantu dengan meminjamkan pengecas kepadanya.

“Okay I kasi you pinjam 10 minit” kata salah seorang anggota polis terbabit.

Perkongsian video berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya terhibur dengan kejujuran Jia dan pada masa yang sama memuji keprihatinan aggota polis terbabit.

Screenshot 2025 11 27 162741 Screenshot 2025 11 27 162808 Screenshot 2025 11 27 162824Screenshot 2025 11 27 163415 Screenshot 2025 11 27 162725

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.