in

“Abang merayu, jangan fikir bukan-bukan & sakitkan diri” – Mesej Menyayat Hati Abang Goo Hara Sebelum Ditemui Mati

Goohara2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Empat hari lalu, industri hiburan Korean dikejutkan dengan berita kematian bintang K-pop terkenal Goo Hara yang dipercayai bunuh diri. Tak lama sebelum itu, seorang lagi bintang K-pop Sulli juga ditemui mati bunuh diri. Untuk pengetahuan, mereka berdua ni teman rapat.



 

Abang tahu kau tengah sedih

Menurut, Allkpop, abang Goo Hara ada kongsikan mesej menyentuh hati buat kali terakhir kepada Hara. Dalam kandungan mesej tersebut, abang dia cuba nak tenangkan dia dengan memberikan sokongan moral untuk Hara sentiasa kuat.

Korang boleh baca terjemahan dia kat bawah gambar ni.

1574870493 700990 411842 5214 Org

Abang : Abang merayu kat kau. Jangan fikir bukan-bukan dan jangan sakitkan diri. Jaga kesihatan, suatu hari nanti kau akan berkahwin, ada anak, dan hidup kau akan bahagia. Bila kau sedih, nangis je dan luahkan je. Abang sayang kau, adik

Hara : Sayang kau juha Opps! Jangan risau!

Abang : Abang tahu kau mesti tengah sedih sekarang. Hati aku pun sedih juga. Makan puas-puas kat Jepun sana

Ramai yang percaya mesej itu terjadi dalam masa terdekat sebelum kematian Hara di rumahnya yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul.

Nampaknya depression ni memang tak boleh dibuat main-main, Goo Hara seolah-olah dia sunyi dan dia tak ada hala tuju untuk kongsikan kemurungannya itu.

 

Baca : “BF ugut sebar video seks” – Goo Hara Pernah Cuba Bunuh Diri Bulan May, Kena Serang Dengan BF Lepas Tu

Goohara 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.