in

“Abang apa mcm ni?” – Budak 13 Tahun Tak Sedar Dia Mengandung Sampai Dah Nak Terberanak Sebab…

13Yo Msian Raped Multiple Times By 2 Older Brothers Didnt Know She Was Pregnant Until She Gave Birth World Of Buzz 768X404

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas adik beradik sepatutnya untuk melindungi satu sama lain. Tapi, untuk kes ini lain pula, dua adik beradik telah ditahan oleh polis kerana dorang dah rogol adik perempuan dorang yang berusia 13 tahun berulang kali hingga adiknya mengandung.


Menurut NST, perbuatan tertuduh yang berumur 17 dan 19 tahun ini diketahui selepas adik perempuan mereka mengadu yang dia mengalami sakit perut hingga perlu dikejarkan ke Hospital Kemaman pada pukul 9.30 malam hari Ahad lepas untuk mendapatkan rawatan.

Ketua polis Kemaman, Supt. Mohd Said Ibrahim mengatakan yang siasatan lanjut mendedahkan budak perempuan tersebut rupanya dah mengandung selama 36 minggu dan dah bersedia untuk beranak.

Bila disoal siasat, remaja tersebut akhirnya mengaku yang dua abangnya telah merogol dia sejak hujung tahun 2017 apabila keluarga mereka tinggal di Kuantan, Pahang.

Screenshot 712
Sumber: nst

Mohd Said berkata, bila disisasat, mereka menemui yang keluarga ini telah berpindah ke Chukai pada Ogos tahun lepas dan remaja ini telah dirogol beberapa kali oleh dua abangnya hingga dia mengandung pada Mei lalu. Ya Allah, abang apa macam ni?

Ketua polis juga menambah, laporan telah dibuat pada hari Isnin lalu di balai polis Chukai dan dua suspek ini telah ditahan di bawah tuduhan sumbang mahram Seksyen 376B.

Kalau korang nak tahu, remaja ni dah pun melahirkan seorang bayi perempuan pada hari yang sama dia di bawa ke hospital.

Harapnya dua abang ni dapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya dan remaja tersebut pulih dari tragedi yang menimpa dirinya.

 

Baca: “Bapa durjana!” – Lelaki 61 Tahun Rogol Anak Kandung OKU, Lepas Tu Bagi Kawan Pula ‘Ratah’

Screenshot 2019 07 04 At 3.31.25 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.