Kalau sebelum ni isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa cuba menyembunyikan beg tangan mewah miliknya, kali ini Datuk Seri Najib juga didakwa melakukan perkara yang sama kepada kenderaan mewah kepunyaannya.
Menurut Sinar Harian, lebih 20 pengamal media berkumpul di perkarangan Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan semalam selepas tularnya rakaman video mendakwa Najib menyorok kenderaan mewah di kawasan parkir kondominium mewah tersebut.
Wartawan dan jurukamera dilihat memenuhi kawasan hadapan kondominium itu kerana mereka tak dibenarkan masuk ke kawasan parkir walaupun hujan lebat.
Kenderaan jenis Mercedes dan Toyota Vellfire yang dipercayai membawa Najib dilihat memasuki kawasan parkir itu pada jam 6.45 petang semalam. Kereta Mercedes itu kemudiannya dilihat keluar pada jam 8:30 malam diikuti oleh Toyota Vellfire pada jam 9:50 malam.
Dalam video berdurasi 25 saat yang tular di media sosial, rakaman tersebut mendakwa bahawa beberapa buah kereta mewah yang terletak di kawasan letak kereta aras bawah kondominium mewah itu merupakan milik Najib dan disorok oleh rakannya yang memiliki unit di kondominium tersebut.
Pun begitu, tiada pasukan polis dilihat membuat sebarang pemeriksaan mahupun serbuan di kawasan tersebut. Sumber memaklumkan bahawa setakat ini tiada pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman membuat sebarang serbuan di kondominium terbabit.
Bernama telah cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berkenaan hal ini namun gagal kerana pihak berkaitan tidak dapat dihubungi. Kalau betul tu semua kereta Datuk Seri Najib, mak ai banyaknya kereta mewah dia gais.
Cuba korang tengok video kat bawah ni:
Sumber: Facebook