Sebelum ini, tular mengenai seorang guru lelaki di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kelantan, didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap beberapa belajar bawah umur sejak beberapa tahun yang lalu.
Dakwaan itu disebarkan melalui media sosial dan telah meraih perhatian ramai. Polis Kelantan juga mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit.
Tiada bukti guru terlibat aktiviti pedofilia
Menerusi perkembangan baharu, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, menyatakan siasatan kes terbabit sudah selesai selepas kenyataan daripada kedua-dua pihak diambil.
Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Guru Pedofilia Di MRSM Tumpat, Polis Kini Sedang Jalankan Siasatan
Katanya, polis kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi siasatan ke atas penulisan.
“Hasil siasatan juga mendapati tidak ada bukti menunjukkan berlakunya gangguan seksual dan tidak wujud pedofilia terhadap mangsa yang kini berusia 24 tahun.
“Ini berikutan guru yang didakwa itu mempunyai sikap dan kriteria yang baik. Namun, kita menunggu laporan perubatan ke atas wanita berkenaan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, pihak polis menyatakan perkara itu masih dalam siasatan sama ada penulisan yang dimuat naik di media sosial mengenai kes berkenaan adalah kerana dendam atau fitnah.
Polis juga sudah mengenal pasti penulis berkenaan. Dalam kes ini, seramai 14 individu termasuk guru dan pelajar dipanggil untuk memberi keterangan.
Sumber: Buletin TV3