in

“Lirik tah pape” – [VIDEO] Lagu ‘Eleh He Eleh’ Terima Kecaman Netizen, Ini Penjelasan Penyanyi Asal…

Timah Terima Kecaman Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada masa kini makin ramai generasi baru yang telah menceburi bidang muzik dan ada yang telahpun membina nama besar dalam industri ini. Justeru, ini mendatangkan perubahan kepada peredaran zaman terhadap muzik.


Bila ada generasi baru yang naik pasti dia akan membawa perubahan dari segi lirik dan style. Bagaimanapun, bukan semua orang boleh menerima idea kreatif generasi baru ini.

Macam baru-baru ini, lagu ‘Eleh He Eleh’ telah menerima kecaman yang hebat dalam kalangan netizen di media sosial. Timah, penyanyi asal lagu berkenaan berasa amat terkejut dan kecewa apabila mendapat kecaman netizen.

@abeweaa__

Macam Macam Lagu Sekarang???

♬ bunyi asal – ᗰᝪᕼᗩᗰᗩᗞ ᖇᏆᏃᑌᗩᑎ – ᗰᝪᕼᗩᗰᗩᗞ ᖇᏆᏃᑌᗩᑎ

Menurut Timah atau nama sebenarnya Fatimah Norryah Mohd Noor, 14, dia menerima banyak komen yang mengatakan lagu ‘Eleh He Eleh’ itu sebagai pelik dan tidak sesuai dinyanyikan, lapor mStar.

Screenshot 2022 10 19 163212

“Orang kecam sebab tajuk lagu pelik dan liriknya seperti kebudak-budakan. Sedangkan mereka tidak tahu saya baru berumur 14 tahun. Jadi rasanya ia sesuai untuk saya,” kata Timah.

Timah pernah membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza Live yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad lalu. Disebalik kata-kata negatif, dia menganggap ia sebagai satu hikmah kerana namanya mula dikenali dan lagu tersebut telah viral di media sosial.

Dalam pada itu, Timah juga meluahkan rasa syukur apabila keluar dan rakan-rakan memberikan sokongan yang tidak putus semasa dia menghadapi kecaman sebelum ini.

Antara kecaman yang diterima oleh Timah dari netizen di laman sosial Tiktok seperti komen di bawah ini…

Screenshot 2022 10 19 171110

Screenshot 2022 10 19 171051

Malahan, dia juga tidak pernah patah semangat untuk mengeluarkan lagu baharu yang mungkin sekali lagi akan dianggap pelik dalam kalangan pendengar.

“Mungkin selepas ini saya boleh tampil dengan lagu yang menggunakan tajuk yang boleh menjadi viral. Biasanya perkara-perkara pelik ini mudah dapat perhatian dan melekat di hati peminat,” ujar Timah.

Lepas 2-3 kali admin dengar lagu ni, sedap juga rentak dan irama dia.. apa pendapat korang?

Baca : “Tak faham sastera ke?’- Ada Warganet Kecam Tajuk Drama Matahari Tak Bercahaya?

F4 Mtb 758X399 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.