in

“Halal ke restoran tu?” – Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay Undang Persoalan Netizen

Nora Danish

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu berita mengenai pembukaan restoran mewah milik chef terkenal dunia, Gordon Ramsay Bar & Grill di Lembah Klang yang menampilkan makanan unik berkonsepkan barat dan menu khasnya iaitu Beef Wellington.


Ramai antara kita yang mengambil peluang untuk merasai pengalaman menjamu selera di restoran terkemuka tersebut walaupun harga sepinggan hidangan yang boleh dikatakan agak mahal untuk sesetengah orang.

Nora Danish bawa keluarga rasa sendiri hidangan viral

Ia termasuk jugalah selebriti tanah air kita seperti Nora Danish yang sangat teruja untuk merasai sendiri makanan viral dunia yang sebelum ini hanya mampu dilihat di media sosial sahaja.

Dia telah berkongsi pengalamannya bersama keluarga di laman Instagram rasmi yang menampilkan beberapa hidangan makanan seperti Steak Tartare, dan Beef Wellington. wow nampak sedap!

Netizen persoal status halal

Niat nak berkongsi keterujaan tapi lain pula jadinya. Posting tersebut telah menerima perhatian ramai netizen dimana ramai antara mereka telah mempersoalkan status halal restoran tersebut.

Secara umumnya, restoran mewah tersebut jelas menghidangkan alkohol dan arak di dalam sesetengah makanan.

Screenshot 2022 07 22 At 5.23.04 Pm

Berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang meragui status halal restoran berkenaan terutama apabila menu daging dihidangkan bersama sos wain merah.

Namun, ada juga daripada mereka yang menegaskan bahawa semua hidangan di restoran tersebut adalah pork-free dan kesemua jenis daging adalah daripada pembekal yang halal.

Screenshot 2022 07 22 At 5.28.20 Pm

 

Sebelum ini, pihak JAKIM pernah menyatakan bahawa mana-mana gerai makan atau restoran tidak akan menerima sijil halal sekiranya menjual minuman beralkohol di premis mereka walaupun tidak dicampurkan ke dalam sesebuah hidangan.

Bak kata orang, kalau dah ragu-ragu baik kita elakkan. 

Baca: Restoran Chef Gordon Ramsay Bakal Dibuka Sabtu Ini di Sunway Resort, Ramai Tanya Status Halal

Screenshot 2022 07 22 At 5.57.51 Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.