in

Muat Naik Video Anak Rindu Ayah, Sera Sedih Dituduh Meroyan & Tak Move On Dengan Shuk

Sera Dituduh Tak Move On Meroyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya umum sudah mengetahui kemelut masalah rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Assahaferah atau Sera yang tidak berkesudahan hingga kini.


Baru-baru ini, Sera ada memuat naik video di Instagram yang memaparkan anak bongsunya menangis rindukan Shuk yang sudah lama tidak bertemu dengan anak-anaknya.

Video tersebut meskipun mendapat komen sokongan daripada netizen, ada juga segelintir yang menuduh Sera sebagai kuat meroyan dan tidak dapat menerima takdir kehidupan.

“Orang tak tahu aku buat semua ini untuk anak-anak” 

Sedar dengan komen negatif yang diterimanya, Sera kemudian memuat naik satu video baru yang seakan-akan menjelaskan situasi terkini diri dan apa yang sedang dihadapinya.

Menurut Sera, meskipun ramai yang menuduh dia sebagai ‘meroyan’ dan tak move on dari Shuk setelah isu kecurangan yang berkali-kali berlaku, ramai yang tidak memahami apa yang dilakukannya itu adalah demi anak-anaknya.

Tapi orang tak tahu aku buat semua ni untuk anak-anak. Aku cuma nak mereka dapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya. 

“Pengorbanan aku selama ini hanya seorang diri. Akulah ibu dan akulah bapa. Aku cuma harapkan kesedaran itu wujud buat dia,” tulisnya dalam video tersebut.

“Stoplah buat video yang sedih2 berkaitan Shuk” 

Video tersebut walau bagaimanapun menerima respon yang pelbagai dari netizen yang mana rata-rata meminta Sera berhenti membuat video berkenaan Shuk lagi dan mengatakan dia layak mendapatkan lelaki yang lebih baik dari itu.

Move On

Apa-apapun admin harap Sera tabah dengan dugaan yang menimpa dan kuatkan semangat demi anak-anak.

Baca: “Dah berbaik ke?” – [VIDEO] Sera Pergi Pejabat Agama, Netizen Perasan Ada Shuk Dalam Kereta?

Sera Mahkamah

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.