in

“Jangan mengada” – [VIDEO] Adibah Noor Meluat Dengar DJ Radio Bahasa Inggeris Sebut ‘Ringgit’ Macam Mat Salleh

Collage 31 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang merupakan salah seorang followers Adibah Noor, mesti korang tahu yang penyanyi ini sering memperbetulkan atau mengajar cara sebutan perkataan Bahasa Inggeris yang betul.


Namun video yang dimuat naik Adibah baru-baru ini lain pula, penyanyi ini telah menyatakan rasa ‘menyampahnya’ apabila ada DJ radio Bahasa Inggeris telah menyebut perkataan ‘ringgit’ dengan slang mat salleh.

Menurutnya, cara sebutan itu sangatlah tak sesuai walaupun ketika membuat penyampaian dalam Bahasa Inggeris kerana sebagai rakyat Malaysia, kita sering menggunakan perkataan tu sejak dari kecil lagi.

I tak fahamlah kadang-kadang dengar stesen radio berbahasa Inggeris ni. Kau bukan orang putih, kau bukan orang dari luar negara, tolonglah jangan mengada-ngada nak sebut ‘ring it’ sedangkan sebutan sebenar ‘ringgit’, padahal benda tu ringgit.

Tetiba kau nak jadi mat salleh tak boleh nak sebut ‘ringgit’. Apahal kau?”

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Adibah pernah juga menegur kesalahan sebutan seorang menteri dan penyampai berita namun bekas cikgu Bahasa Inggeris ini mengatakan yang dia hanya berniat untuk kongsi dan betulkan sebutan dan bukan mahu jatuhkan sesiapa.

Hehehe, siapa selalu dengar orang sebut ringgit camtu? Setuju tak dengan Kak Dib ni?

 

Baca: Adibah Noor Nak Guna Duit Menang GV8 Untuk Langsai Hutang, Tebus Barang Kemas

Ft Adibah Noor Nak Pakai Duit Menang Gv Langsai Hutang 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.