in

Angelina Jolie Kesal Ada Negara Haramkan Eternals, Anggap Satu Bentuk Kejahilan

66 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, timbul isu apabila beberapa buah negara timur tengah termasuklah Arab Saudi, Qatar dan Kuwait dilaporkan enggan menayangkan filem terbaru dari Marvel Studios berjudul Eternals.


Awalnya, filem tersebut dijadualkan untuk tayang di negara-negara itu pada 11 November ini. Walau bagaimanapun, pihak penapisan filem dari negara-negara tersebut telah meminta Disney untuk memotong adegan yang mengandungi unsur-unsur LGBT.

Sehubungan dengan itu, Angelina Jolie, salah seorang aktres yang membintangi filem ini terpanggil untuk tampil menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan dari negara-negara tersebut.

44

Menurut sumber, pelakon yang memegang watak Thena itu turut berasa lega kerana pihak produksi mengekalkan adegan gay dalam filem itu.

Saya sedih untuk para peminat. Dan saya bangga dengan Marvel kerana enggan memotong adegan itu.”

Dalam temubualnya bersama News.com.au, bintang filem itu juga memanggil mereka yang tidak dapat menerima adegan tersebut sebagai jahil.

Saya masih tidak faham bagaimana kita hidup dalam dunia hari ini di mana masih ada orang yang tidak melihat keluarga Phastos dan keindahan hubungan dan cinta itu. Orang yang marah, rasa tergugat, tak luluskan atau hargai cerita ini adalah sangat jahil.

Melalui filem Eternals, babak yang diminta untuk dipotong melibatkan adiwira gay pertama MCU, Phastos dan suaminya Ben. Babak tersebut tidak disiarkan di pawagam Malaysia, kecuali beberapa dialog yang masih memberi penonton gambaran terhadap hubungan kedua-dua orang lelaki itu.

33

Eternals telah ditayangkan seawal 4 November lepas di pawagam serata negara.

Sumber: News.com.au

Baca: Arab Saudi, Qatar & Kuwait Haramkan Tayangan Filem MCU Eternals Kerana Faktor Ini?

22 1 1

Sumber: Gossipchimp
Sumber: Pinknews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.