in

“Biar aku notakan sebelum pulang ke kubur”- Rupanya Ini Sebab Kenapa Uncle Kentang Selalu Tolong Orang

2.01

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa tahun ini nama Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, mula dikenali kerana aktiviti-aktiviti kebajikan yang dibuat olehnya tanpa mengira bangsa.


Sesiapa yang menghubunginya akan ditolong sebaik mungkin tanpa berkira-kira.

Kalau korang tengok kat laman Facebook Uncle Kentang, korang akan perasan yang dia banyak membantu memudahkan urusan pengebumian orang Islam yang kurang berkemampuan, terutama  dalam urusan penghantaran jenazah. Siap ada Van Jenazah lagi!

6.5

Pelik juga kan dia bersungguh-sungguh nak tolong orang susah, lagi-lagi membabitkan orang Melayu. Ini rupanya cerita disebalik aktiviti kebajikan yang dia buat selama ni.

 

Ayahnya pendatang dari negara China

2.1

Ayahnya telah merantau ke Tanah Melayu kerana pada masa itu China sangat mundur selain negara itu mengamalkan sistem komunis.

 

Diterima baik oleh masyarakat Melayu

“Saya ingin perjelaskan keikhlasan Melayu menerima pendatang yang merantau ketika itu. Tak mereka berniat jahat terhadap orang-orang Cina yang landing di Malaya. Saya sungguh terharu pasal bab ini. Ayah saya diterima baik.”

“Saya sangat berterima kasih kepada orang asal dan orang Melayu yang telah menerima ayah saya untuk memilih negara ini sebagai negara yang ayah saya yakin ada masa depan untuk anak-anak beliau.”

 

Kedatangan ayahnya tak dipertikai masyarakat ketika itu

2.7

Wah, baguskan. Tak kira bangsa, semua pertahan kawasan kejiranan dorang. Min baca pun terharu…

Jelas Uncle Kentang, dia tak mahu masyarakat bergaduh kerana perbezaan bangsa. Katanya :

Kalau Melayu tak suka Cina, lama dah kita tak dapat landing di Tanah Melayu ini.”

Biarlah aku notakan kebaikan orang Melayu sebelum aku pulang ke kubur agar kita faham sejarah lampau, agar kita menaikkan semula jalinan kasih yang kita ada dulu, kini, dan seterusnya.”

Tambahnya lagi :

“Sehingga kini, saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya. Saya tulis ini untuk ditinggalkan kepada anak-anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.”

Uncle Kentang juga berjanji akan sumbangkan apa saja yang dia mampu lakukan untuk Malaysia. Salute!

 

Baca : “KENAPA PERLU GARI MEREKA?” – Tak Puas Hati Majikan Layan Buruk, Aktivis Frontliner Direman Kerana Buat Protes

2.8

Sumber: facebook
Sumber: facebook
Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.