in

“Takkan nak buat video anak pun kena mintak lesen?” – Rakaman Filem Termasuk TikTok & Instagram Perlu Lesen

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan yang semua produksi filem sama ada dari media mahu pun peribadi di platform tradisional mahu pun media sosial memerlukan lesen.


Tujuan perkara ini di buat adalah bagi memantau semua aktiviti rakaman bagi menjaga dan mengembangkan idustri filem berdasarkan Akta Finas 1981, lapor The Star.

Di parlimen, Wong Shu Qi, MP Kluang telah mempersoalkan maksud sebenar lesen ini dan adakah ia akan memberi kesan kepada orang yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram TV atau TikTok.

Saifuddin Abdullh

Menjawab persoalan ini, Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan dia menggalakkan sesiapa pun untuk mengeluarkan apa jenis filem, tapi ia haruslah mematuhi undang-undang.

Ini termasuk filem tayangan, filem pendek, trailer, pengiklanan dan apa-apa jenis rakaman termasuk pita rakaman dan cakera video imej bergerak, ditemani atau tak ditemani dengan bunyi dan dokumentari untuk tontonan umum.”

Sebelum ini, Saifuddin turut mengatakan yang Akta Finas meminta semua pemegang lesen untuk memberitahu Finas tujuh hari sebelum memulakan pengambaran melalui borang khas yang diberikan.

 

Baca: “Kenapa dia?” – Netizen Pertikai Ahmad Idham Dilantik Jadi CEO FINAS

Screenshot 2020 07 23 At 12.54.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.