in

“Takde otak, sivik zero” – [GAMBAR] Tak Sampai Sebulan, Mural di Shah Alam Kena Conteng Dengan ‘Carutan’!

Mural Vandalisme

Awal Julai tempoh hari, pelukis ‘Miey Ali’ menghabiskan masa untuk menyiapkan mural wajah-wajah pemimpin di Malaysia antaranya adalah Potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Mural1

Mural2

Menurut ‘Miey Ali’ atau Muhammad Suhaimi Ali, 27, niatnya pada mulanya adalah untuk mencantikkan semula dinding sebuah bangunan di  Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam yang dulunya dipenuhi dengan contengan vandalisme.

Karya itu mendapat perhatian tuan empunya wajah malah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan YDP Agong juga turun padang untuk menyaksikan sendiri mural tersebut.

Mural

Mural3

Mural4

Namun, tidak sampai sebulan ianya dihasilkan dinding itu kembali menjadi tumpuan vandalisme. Lebih teruk, mural wajah-wajah itu menjadi sasaran contengan dengan perkataan-perkataan tidak elok.

Melalui perkongsian di Facebook, beberapa gambar dimuat naik menunjukkan situasi sebenar semua mural di dinding tersebut telah diconteng dengan carutan menggunakan spray berwarna merah seperti B*bi dan B**gsat!

Melalui gambar itu, pelaku juga telah menggunakan spray merah dan menutup bahagian mata mural tersebut. Tidak pasti jika ada pihak tampil membuat laporan polis berkenaan hal itu namun ramai netizen bengang dan berharap pelaku akan dapat ditangkap secepatnya.

Conteng1

Conteng2

Conteng3

Ada yang turut bersimpati dengan ‘Miey Ali’ kerana dah bersusah payat perah keringat untuk hasilkan mural tersebut tetapi ada orang tak bertanggungjawab boleh conteng sesuka hati. Mereka juga berharap agar kawasan itu mempunyai kamera CCTV supaya pelaku itu dapat dikenal pasti melalui rakaman video ketika kejadian. Seorang netizen berkata,

Check CCTV, cari sampai jumpa!.”

Siapa ada parang ? Mai pinjam sat! Nak cincang makluk LCPKM ni . Jangan risau, bukan manusia tu. Siapa yang buat ni confirm bukan manusia#PDRM abang akak Polis mohon ambil perhatian

Posted by Ulasan Apek Cina on Ahad, 19 Julai 2020

Com

Mural tersebut dilaporkan ditutup menggunakan kanvas biru putih dan difahamkan, kesemua pihak iaitu pelukis mural, pihak polis serta media telah tiba di tempat kejadian serta sedang dalam proses perbincangan.

Maklumat terkini melaporkan, mural tersebut telah dipadam sepenuhnya dan tindakan lanjut dipercayai akan diambil dan dimaklumkan pihak berkuasa dalam masa terdekat.

Mural5

Mural6

Mural7

Baca: “Hero negara!” – DG Hisham Puji Artis Yang Abadikan Muka Beliau Sebagai Mural

3Dg

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter