in

“Mata masuk habuk pulak” – [VIDEO] Kakak Delivery Sebak Lepas Baca Ucapan Pelanggan Untuk Ibu Bapa ‘Istimewa’

Surprisee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang berjauhan dengan yang tersayang, sudah pasti ada cara untuk berkongsi kegembiraan walaupun tak dapat nak face to face. Rasanya perkhidmatan surprise delivery sudah tidak asing lagi untuk masyarakat hari ini sebab ramai yang offer servis ni dekat media sosial.


Hal ini berhubung dengan video yang viral di Facebook yang memaparkan seorang wanita yang buat delivery surprise memenuhi permintaan daripada customer nya untuk buat kejutan kepada ibu bapanya yang istimewa.

Fb 2

Kejutan itu disertai dengan ucapan yang cukup menyentuh hati daripada anak mereka. Walaupun pasangan ini mempunyai masalah penglihatan, masih terukir senyuman daripada mereka setelah mendapat hadiah daripada anak mereka.

 

Biasanya orang birthday yang akan dapat hadiah, tapi yang ini berbeza di mana anak mereka yang menggelarkan diri sebagai kakak yang menyambut hari kelahiran tapi dia yang bagi hadiah kepada ibu bapanya yang sudah berkorban untuknya.

“Terima kasih mak abah. Terima kasih atas pengorbanan mak abah lahirkan kakak. Besarkan kakak, didik kakak, sentiasa jadi hero dan heroin kakak, terbaik kakak.” 

Parents

Kedengaran kakak yang buat delivery ni pun tahan sebak sebab ucapan daripada anak pasangan ini cukup menyentuh jiwa.

“Kakak bahagia hari ini atas doa restu mak abah” 

Dalam pada itu, pasangan ini juga ada memberikan pesanan keapda anaknya dan berharap agar mereka dapat berjumpa.

“Jangan lupa pada Allah. Kami mak abah doakan moga kakak bahagia”

Memang menyentuh hati ucapan dari anak pasangan ni. Semoga keluarga ni sentiasa dilindungiNya. Amiin. 

Baca : “Rezeki dapat kawan macam ni” – Netizen Tersentuh Tengok Brader Ni Terima Surprise Dari Geng Sendiri

Haadiah

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.