in

Mati Sendirian, Keluarga Hanya Mampu Tonton Pengebumian Anak Menerusi Live Stream

Untitled Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isnin lalu, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bernama Ismail Mohamed Abdul Wahab dilapor meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 di King’s College Hospital, London.


Mangsa dikatakan tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit lain, namun meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.

Apa yang meruntun hati, adalah kerana usianya yang terlalu muda untuk berdepan kedatangan maut yang tidak disangka-sangka — seorang diri di wad isolasi, tanpa ditemani ibu dan adik beradik lain di sisi.

Gambar pengebumian Ismail kemudian tular di media sosial, dan antaranya turut dikongsikan seorang pengguna Twitter @MohammadMohaaa — yang memuatnaik beberapa keping gambar beserta caption: Ismail’s lonely funeral.

Gambar yang dikongsi menunjukkan jemaah menunaikan solat jenazah dengan menjarakkan diri antara satu sama lain.

BBC melaporkan, tiada seorang pun ahli keluarga Ismail dibenar turut serta dalam proses solat jenazah dan pengebumian tersebut di Eternal Gardens Muslim Burial Ground — selepas dua orang adik beradiknya mula menunjukkan gejala jangkitan.

Namun, kekecewaan itu mungkin sedikit terubat selepas pihak yang terlibat dengan urusan pengebumian menyediakan live stream khas buat keluarga yang ingin menyaksikan perjalanan terakhir Ismail.

Difahamkan, Ismail meninggal dunia selepas mengalami cardiac arrest. Dalam satu kenyataan khas yang dikeluarkan ahli keluarganya, Ismail disifatkan sebagai seorang anak lelaki yang penyayang.

Euicbiquuaawkqm

Gambar pengebumian Ismail ini mendapat hampir 6k retweet dan rata-rata netizen yang tersentuh saling mengingatkan antara satu sama lain kepentingan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga ketika musim wabak ini.

Berikut pula adalah sedikit rakaman temubual yang dibuat bersama rakan terdekat keluarga Ismail, selepas kematiannya.

 

Baca: “Rela jadi mayat” – Lelaki Palsukan Kematian Sendiri, Sebab Nak Hantar Ambulans Balik Kampung

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.