in

“Garang macam ni baru boleh wujudkan perpaduan” – Netizen Terima Baik Perlantikan Datuk Halimah Mohamed Sadique Sebagai Menteri Perpaduan Negara

Feature 2 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai barisan kabinet baru di bawah kepimpinannya. Barisan kabinet tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.


Tapi, kali ini admin nak kongsikan reaksi netizen terutamanya di Twitter tentang pelantikan Datuk Halimah Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara.

Datuk Halimah 3

Menurut perkongsian Hermy Rahim di Twitter, ramai yang menerima baik berita pelantikan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor ini untuk memegang jawatan tersebut dan bergandingan dengan Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu yang juga dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Datuk Halimah ini sememangnya terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat. Korang tengoklah video beliau berbahas di Parlimen. 

Rata-rata netizen mengatakan bahawa beliau memang sesuai menjawat jawatan terbabit sebab bagi mereka, perwatakannya yang garang boleh menyatukan rakyat Malaysia.

Selain itu, Datuk Halimah ini boleh dikatakan juga mempunyai perwatakan yang sama dengan cikgu disiplin semasa kita bersekolah dulu. Siapa je berani buat hal dengan cikgu disiplin wei.

Yang lebih membanggakan lagi, beliau juga dikatakan sangat cekap dalam berkhidmat untuk rakyat.

Datuk Halimah 2

 

Datuk Halimah

Selamat berkhidmat YB!

Baca: “Semua anggota lepas tapisan SPRM, PDRM” – TS Muhyiddin Umum Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri Persekutuan 2020

Menteri Baru

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.