in

“Membazir macam tu je” – Wanita Kongsi Gambar Insulin ‘Berlambak’ Tak Diguna & Kos Cecah RM3K

Featured Image Ubat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin masih ramai lagi rakyat Malaysia yang kurang mempunyai kesedaran tentang pembaziran berlaku bila tidak menggunakan dan menghargai ubat yang dibekalkan oleh doktor dari klinik dan hospital kerajaan.


Menurut mStar, harga standard bagi ubat insulin adalah bernilai AS$ 274.70 iaitu RM1,142 untuk 10 mililiter sebotol.

Di Malaysia, pesakit hanya dikenakan bayaran RM1 sebagai kos perkhidmatan di klinik atau hospital kerajaan, sementara insulin di beri secara percuma.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai gambar sejumlah kotak yang dipercayai insulin yang tidak digunakan oleh pesakit.

Insulin berperanan dalam membantu menyeimbangkan kadar glukosa (gula darah) dalam badan. Seterusnya, sel-sel tubuh akan menggunakan glukosa tersebut sebagai sumber tenaga.”

Sebelum ni pernah juga viral apabila ada pesakit diabetes yang tidak menggunakan ke semua insulin yang dibekalkan kepadanya.

Kali ini, sekali lagi tular di laman media sosial apabila sejumlah ubat insulin yang berharga hampir RM3 ribu tidak digunakan oleh pesakit.

Eo3Qsm U0Aei9Co
Sumber: twitter

Kalau mengikut gambar viral itu, kotak yang mengandungi 16 ubat insulin tersebut berharga RM486.40.

Menurut individu yang memuat naik gambar ini, ke semua insulin yang tidak digunakan itu hanya akan di buang dan tidak akan di berikan kepada pesakit diabetes yang lain.

“Semua ni masuk tong sampah sebab memang takkan recycle balik guna bagi patient lain”

Ada juga netizen yang bertanya kenapa ubat itu tidak digunakan sahaja untuk pesakit lain sedangkan ia masih elok lagi.

Wanita ini menjelaskan bahawa apa-apa ubat yang diterima daripada pesakit memang akan di buang sahaja kerana tidak tahu akan cara penyimpanan ubat tersebut.

Jadi langkah paling selamat adalah dengan membuangnya sahaja.

Ubat 1
Sumber: twitter

Tambahnya lagi, insulin yang banyak itu kepunyaan seorang pesakit sahaja dan alasan dia memulangkan semula ubat itu adalah kerana sudah terlalu banyak di rumah.

Obat1
Sumber: twitter

 

Obat2
Sumber: twitter

Ish, senang-senang je dia membazir macam tu ye, tau lah ubat tu dapat  free. 

 

Baca: “Doc ni kadang2 salesman jual ubatan” – Golongan Antivax Keluar Teori, Virus Influenza Hanya Gimik Nak Habiskan Vaksin?

Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.