in

“85 peratus kawasan sudah menerima bekalan air” – 195 Kawasan Masih Terjejas, Air Selangor Jangka Esok Pulih Sepenuhnya

Air3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang diketahui, terdapat masalah gangguan air di kawasan Selangor dan Lembah Klang yang bermula kelmarin.


Terkini, hampir semua kawasan sudah pun pulih sepenuhnya.

“Sehingga 9 pagi hari ini, sejumlah 1,097 atau 85 peratus kawasan sudah menerima bekalan air sepenuhnya.” – Air Selangor

Namun, 195 kawasan masih mengalami gangguan bekalan air.

Wilayah-wilayah terjejas akibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang, masih dalam proses pemulihan, setakat 9 pagi.

Hulu Langat mendahului kawasan lain dengan pemulihan 100 peratus.

Status Terkini Pelan Pemulihan Bekalan Air Di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu…

Posted by Air Selangor on Selasa, 20 Oktober 2020

“Peratusan pemulihan mengikut wilayah setakat ini adalah Petaling (97 peratus), Klang/ Shah Alam (54 peratus) Gombak (73 peratus), Kuala Lumpur (89 peratus), Kuala Langat (50 peratus) dan Kuala Selangor (99.7 peratus).”

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar.” – Lapor Harian Metro

“Bantuan bekalan alternatif di pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan pengguna terjejas.”

Pihak mereka juga mengesyorkan pengguna supaya membiar pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

Bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya 8 pagi esok.

Korang boleh update makluman status pemulihan bekalan air di semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

 

Baca : “Setiap minggu ada saja masalah air” – Lagi Kes Pencemaran Air di Sungai Selangor, 1,292 Kawasan Terjejas Bekalan Air

Masalah Air Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.