in

7 Penyanyi Yang Tak Suka Dengan Lagu Sendiri Walaupun Lagu Hit Teruk!

Ft Penyanyi Benci Lagu Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni min ada kongsikan pelakon yang benci dengan watak lakonannya, biarpun filem lakonannya itu ada yang hit, sebenarnya perkara lebih kurang sama terjadi kepada penyanyi juga tau!


Lagu mereka memang seronok untuk kita sebagai peminat dengar, tapi rupanya ada penyanyi yang tak suka langsung dengan lagu mereka nyanyikan sendiri walaupun lagu itu hit.

Jadi, di sini min senaraikan lagu yang menjadi siulan kita, tapi penyanyi sebenarnya tak berapa suka pun dengan lagu yang dia nyanikan tu.

 

1. Kurt Kobain, Smells Like Teen Spirit

Hits demi hits kumpulan Nirvana bikin pada zaman kegemilangannya, walaubagaimanapun, vokalis kumpulan itu, Kurt Kobain sudah mula rasa tak senang dengan lagu yang berjudul “Smells Like Teen Spirit”.

Lagu itu menjadi kebimbangan Kurt kerana ia tidak melambangkan ‘Nirvana’. Lagu tersebut mencampurkan instrumen alternatif dengan hook, sedangkan mereka lebih kearah muzik punk.

 

2.  Miley Cyrus, Party In The U.S.A

Dalam banyak-banyak lagu ketika zaman remajanya, lagu “Party in the U.S.A.” merupakan antara lagu paling famous dan memang dikenali sebagai lagu hit bintang pop remaja pada waktu itu.

Single itu mungkin membuatkan orang ramai teruja untuk menyanyi bersama, namun bukan bagi Cyrus sebab tak berkenan. Lagu hit platinum ini, kalau boleh dia tak nak dengar di tempat awam.

Jika penyanyi itu duduk dekat dengan seorang DJ di kelab, difahamkan dia akan meminta mereka untuk tidak memainkan lagu tersebut. Ia bukan sahaja mengimbau kembali zaman remajanya dan trek itu memang dah overplayed.

 

3. Madonna, Like A Virgin

“Like a Virgin” mungkin salah satu lagu popular di awal kerjaya Madonna, tetapi artis itu berharap ia akan hilang kerana lagu agak sensasi dan mengundang kontroversi.

Memandangkan penyanyi itu suka buat rebrand berkali-kali, dia lebih suka pada diri dan identiti yang selain daripada lagu ini. Perkara ini dia akui selepas lagu Material Girl, lagu “Like a Virgin” lah lagu yang paling dia menyesal.

4. Liam Gallagher (Oasis), Wonderwall

Menurut vokalis kumpulan Oasis ini, dia tidak berapa gemar dengan lagu ini sebab dah naik jelak. Lagu ini dah jadi anthem untuk semua orang.

Lagu ini sangat memberikan impak besar sehinggakan Gallagher turut mempersembahkannya di Sukan Olimpik London padahal dia dah jadi ahli band baru, Beady Eye.

Malah, walaupun dia dah tinggalkan kedua-dua kumpulan tersebut, penghibur itu masih terpaksa mempersembahkan lagu itu sebagai artis solo. Dia melihatnya sebagai satu kewajipan manakala ramai yang lain merasakan adalah penting untuk dia terus relevan.

 

5. Lorde, Royals

Pada waktu lagu ini dirakam, dia kata lagu ini membuatkan dia rasa begitu teruja ketika membuat rakaman. Walau bagaimanapun, penyanyi itu berasa seperti dia mendengarnya terlalu banyak kali, dan kini menganggapnya sebagai lagu yang menjengkelkan.

Malah, dia juga jadi malu apabila ramai orang mula ‘cover’ lagu itu dan memberikan hasil yang jauh lebih baik daripadanya. Sejak itu, Lorde mengatakan lagunya itu sangatlah teruk apabila mendengar balik versinya.

 

6. Radiohead, Creep

Single pertama Radiohead “Creep” telah membuatkan mereka jadi begitu terkenal pada awal 1990-an. Walaubagaimanapun, kumpulan itu tidak berminat untuk ‘hidup’ hasil dari kejayaan lagu itu.

Mereka boleh dikatakan menghabiskan sisa tahun 90-an cuba melarikan diri dari pengaruh lagu itu. Salah seorang ahli, Thom Yorke, khususnya, mengelak lagu itu dan kumpulan itu tidak memainkannya selama bertahun-tahun jika membuat persembahan secara live.

Pernah sekali sampai ke satu tahap masa diaorang perform dan peminat minta nyanyi lagu ini, dia sound balik peminat yang dia dah muak dengan lagu itu. Namun begitu, dia pernah menyanyikan lagu ini setelah sekian lama.

7. Jani Lane, Cherry Pie

Syarikat label rakaman telah meminta Jani Lane untuk menulis lagu hit untuk jualan rekod mereka pada saat-saat akhir, jadi dia sebagai penyanyi ala metal rock kesuntukan masa untuk memikirkan segala isi kandungan yang berbaur sarkastik, sinis dan sindiran (kerana mereka adalah rocker sejati), Jani hanya ada ilham pasal pai sahaja.

Jadi, Jani tidak begitu menghargai hasil nukilannya yang ditulis pada waktu last minute ini biarpun lagu Cherry Pie ini telah menaikkan nama bandnya iaitu Warrant.

Antara lagu lain lagi adalah James Blunt yang berjudul You’re Beautiful, lagu yang kononnya pasal kisah cinta ini menerima pelbagai reaksi, ada yang suka dan ada yang tak, bagaimanapun, penyanyi asal sendiri jadi tak suka lagu ini sebab dah overplayed, lagi satu lagu ini ada bawa maksud lain.

Min cakap kat atas tadi ‘kononnya’ kan? Nak tahu kenapa? Min pernah kongsikannya, boleh baca kat bawah ni.

Baca : Selama Ini Ingatkan Sweet, Tapi Sebenarnya Maksud Lagu You’re Beautiful –  James Blunt Ni Agak Scary

Ft James Blunt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.