in

Jangan Biar Hari Isnin Anda Kelam Dan Gelap, Ini 7 Cara Untuk ‘Perangi’ Monday Blues!

Hari Isnin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ah, hari Isnin datang lagi! Monday blues datang mengetuk pintu hati. Rasa malas, menyampah dan meluat hendak pergi kerja. Badan pun terasa berat. Otak pula, jangan cakaplah! Masih lagi dalam mod rehat!


Monday blues merupakan ‘penyakit’ yang menghantui hampir setiap individu. Walaupun perasaan ini sukar untuk ditepis, ada banyak langkah yang boleh diambil untuk jadikan Isnin anda lebih indah dan produktif.

Jom, kami terangkan beberapa cara untuk atasi Monday Blues. Jangan dilayan sangat perasaan tu ya!

7 Cara untuk elakkan Monday blues

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Sama jugalah dengan masalah Monday blues.

Sebenarnya, dengan melakukan beberapa perubahan kecil, anda boleh jadikan Isnin lebih gembira dan kurang tekanan.

Macam mana? Jom, kami berikan 7 cara mudah untuk anda elak Monday blues:

1. Kenali masalah sebenar

Hari Isnin

Setiap hari Isnin, mesti mood ke laut. Nak pergi kerja pun rasa malas dan tak bersemangat.

Kalau perasaan in berlaku kadang-kadang, contohnya pada hari Isnin pertama selepas cuti panjang, itu merupakan perkara biasa. Semua orang alami benda yang sama.

Tetapi, kalau setiap kali Isnin anda rasa benda yang sama, mesti ada masalah di tempat kerja.

Ini merupakan satu tanda besar bahawa anda sebenarnya tidak sukakan kerja anda dan mungkin perlu berpindah untuk mencari pengalaman baharu. Fikir-fikirkanlah ya.

2. Sediakan diri untuk hadapi hari Isnin

Jika anda rasa malas untuk pergi kerja pada Isnin disebabkan lambakan kerja daripada minggu lepas, cuba pelan Isnin anda sejak hari Jumaat.

Kalau anda tidak kisah untuk meluangkan sedikit masa pada hari cuti, anda boleh cuba tulis ‘to do list’ pada hari Ahad supaya aktiviti anda lebih tersusun pada keesokan hari.

Selain itu, pastikan kalendar anda ‘up to date’ untuk mengelakkan sebarang kecemasan pada hari tersebut.

Kadang-kadang, kalendar pun tak sync betul-betul, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan kalendar atas talian. Jadi pastikan anda periksa dua kali!

3. Dapatkan rehat yang mencukupi pada hujung minggu

Hujung minggu adalah masa untuk berehat. Elakkan buka e-mel atau angkat call berkaitan kerja pada hari Sabtu dan Ahad.

Kadangkala, disebabkan anda terlalu memikirkan tentang kerja, hari cuti anda jadi tak menyeronokkan dan sangat stres. Tekanan ini akan dibawa pula ke Isnin. Inilah yang menyebabkan Monday Blues!

Apa kata, tinggalkan semua hal berkaitan kerja di pintu pejabat ketika anda melangkah keluar pada hari Jumaat. Ingat ya, jangan bawa balik semua masalah kerja ke rumah.

4. Tidur awal pada malam Ahad

Hari Isnin

Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi untuk elak Monday Blues. Kalau anda tidur pun pukul 3 pagi, mestilah esoknya anda akan rasa lemah dan tak bersemangat kan!

Satu lagi tip tambahan yang mungkin dapat membantu anda rasa lebih bertenaga pada hari Isnin ialah bangun awal.

Cuba bangun 30 minit lebih awal daripada biasa. Kemudian, makan sarapan yang disukai dan ambil masa untuk bertenang sebelum pergi kerja. Barulah mood jadi okay!

5. Pakai baju yang terbaik

Bukanlah kami suruh anda untuk jadi fashionista, tetapi pemakaian sebenarnya ada impak terhadap kesihatan mental seseorang.

Kalau anda pakai lawa-lawa, besar kemungkinan Isnin anda akan jadi lebih indah dan menggembirakan.

Jika anda baru beli baju baru, cuba pakai baju tersebut pada Isnin. Barulah nampak lebih yakin, bergaya dan penuh karisma!

6. Kekal positif

Mulakan hari dengan fikiran positif. Kalau asyik fikir perkara yang negatif sahaja, mestilah kita pun rasa ‘lemau’ dan tak bersemangat.

Cuba fikir, apa yang menggembirakan anda di tempat kerja? Mungkin rakan-rakan yang sekepala, bos yang memahami atau tempat kerja yang selesa dan sejuk.

Dengan memikirkan perkara-perkara yang positif, anda dapat ‘semangatkan’ diri untuk ke tempat kerja.

Jika anda naik pengangkutan awam, cuba dengar lagu-lagu yang anda sukai dan boleh menaikkan semangat. Kalau bukan kita yang naikkan semangat sendiri, siapa lagi?

7. Pastikan hari Isnin anda menggembirakan

Hari Isnin

Kadangkala, anda cuma perlukan ‘sesuatu’ untuk naikkan semangat diri sebelum bekerja. Mungkin anda boleh pesan kopi kegemaran atau ajak rakan-rakan makan tengah hari di restoran yang disukai.

Dengan cara ini, anda akan rasa lebih seronok untuk ke tempat kerja.

Malah, jika anda sering berkomunikasi dengan orang lain, ia secara tidak langsung akan menguatkan lagi hubungan di antara rakan sekerja.

Macam mana, dah sedia untuk hadapi hari Isnin?

Sumber: Forbes

Baca: Sebab aku tak suka hari Isnin’ – Remaja Membunuh Hanya Sebab Tak Suka Hari Isnin

Hari Isnin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.